Zürich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zürich
municipality
Lokasi bagi Zürich
Kerajaan
 • Stadtpräsident Corine Mauch
Populasi 376,815
Poskod 8000-8099
Kod kawasan 0261
Laman web www.stadt-zuerich.ch

Zürich ([ˈtsyːʁɪç], Jerman Zürich: Züri [ˈtsyɾi], Bahasa Perancis: Zurich [zyʁik], Bahasa Itali: Zurigo [dzu'ɾiːgo]; (dalam bahasa Melayu amnya dikenali sebagai Zurich) ialah bandar raya terbesar di Switzerland (penduduk pusat bandar sebanyak 376,815 pada penghujung tahun 2007, penduduk kawasan metropolis sebanyak 1,007,972) dan ibu kota bagi wilayah (Jerman: Canton) Zurich. Bandar ini juga merupakan pusat utama kegiatan perdagangan dan kebudayaan Switzerland (pusat kerajaan di Switzerland ialah Bern) dan turut dianggap ramai pihak sebagai salah sebuah bandar raya sejagat. Menurut satu kajian pendapat yang diadakan pada tahun 2006 hingga 2008, Zurich telah dinamakan sebagai bandar yang mempunyai mutu hidup terbaik di dunia.[1][2]

Lokasi dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Zurich terletak di timur Lembah Tengah Switzerland (bahasa Inggeris: Swiss plateu, bahasa Jerman: Schweizer Mittelland) di tebing Sungai Limmat di hulu Tasik Zurich, di dalam satu tempat yang berbentuk seperti mangkuk atau besen. Bandar ini bermula sebagai pos pungutan cukai yang didirikan oleh orang-orang Rom purba yang dikenali sebagai Turīcum. Setelah kedatangan orang-orang Jermanik bandar ini terus berkembang sehingga mendapat status bandar bebas empayar (bahasa Jerman: Freie Reichsstadt) pada kurun ke-13 dan pada tahun 1351 menganggotai Konfederasi Switzerland. Bandar ini juga merupakan tempat tinggal Ulrich Zwingli mencapai kemuncak kegemilangannya seawal zaman perindustrian dengan menjadi metropolis utama di Switzerland.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Zurich, yang terbesar di Switzerland, dan Laluan Kapal Terbang Zurich-Kloten yang agak sibuk menjadikan bandaraya ini pusat penting jaringan pengangkutan di benua Eropah. Bank-bank utama dan syarikat-syarikat insurans terkemuka di dunia pula membuka pejabat mereka di sini menjadikan Zurich salah satu pusat kewangan antarabangsa yang penting. Oleh yang demikian bandar ini tergolong dalam kalangan Bandaraya Global yang lain. Banyak syarikat media juga menjadikan Zurich pusat kegiatan mereka seperti Deutschschweizer Fernsehen (Televisyen Jerman Switzerland). Kedudukannya di tebing Tasik Zurich, Pusat Kota Lama yang dijaga rapi dan pelbagai aktiviti kebudayaan dan hiburan di waktu malam turut menjadikannya sebagai pusat kegiatan pelancongan di Switzerland.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Sebagai mengenang sejarah dan kedudukan geografinya, Zurich kadangkala dipanggil secara tidak formal sebagai Bandar Limmat atau Bandar Zwingli. Penduduknya dipanggil sebagai Zürcher oleh rakyat Switzerland (atau Stadtzürcher bagi membezakan dengan penduduk lain di wilayah itu).

Nota[sunting | sunting sumber]