Zamil Ahmad Murad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zamil Ahmad Murad (48) merupakan seorang jurulatih skuad menembak Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pada 11 Februari 2010, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mazhar (34). Pada pukul 4.00 dan 4.30 petang pada 1 Februari 2010 Zamil telah menembak mati mangsa berhampiran kawasan semak di belakang rumah beralamat Lot No 19347 di Gong Badak, Belakang Depoh Syarikat Air Terengganu (SATU),Terengganu. Ketika itu Zamil berada di pusat latihan menembak pulang ke rumahnya setelah dihubungi isterinya (Juriah Abd. Manaf ,45) yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka.[1]


Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Jazamuddin Ahmad Nawawi . Majistret ialah Wan Nor Aklima Wan Salleh.[2]


Pada 12 Februari 2010, Pejabat Peguam Negara (AG) memohon perintah agar Zamil dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan pihaknya mendapati Zamil menembak lelaki itu kerana cuba menceroboh untuk memecah masuk rumahnya melalui pintu belakang. Mangsa dikatakan terlibat dalam kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan pernah dikenakan hukuman penjara dan dibuang daerah.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]