Zamir Mohyedin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zamir Mohyedin
Kelahiran (1993-09-10) 10 September 1993 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (BS,MS)
Kerjaya saintifik
BidangFizik keadaan pepejal
Fizik perubatan
InstitusiInstitut Sains,
Universiti Teknologi MARA

Muhammad Zamir bin Mohyedin atau dikenali sebagai Zamir Mohyedin (lahir pada 10 September 1993) ialah seorang ahli fizik dan pengarang yang berpangkalan di Malaysia. Penyelidikan beliau melibatkan pengiraan dan simulasi sifat bahan pada peringkat atom menggunakan teori ketumpatan berfungsi (DFT). Beliau juga terlibat dalam dosimetri sinaran, merumuskan dosimeter tiga dimensi untuk aplikasi dalam pengesahan radioterapi[1][2]. Zamir merupakan pengarang buku sains popular khususnya dalam fizik dan topik berkaitan [3]. Beliau juga penyumbang tetap kepada blognya sendiri dan media lain seperti Selangorkini, Dewan Kosmik dan The Patriots [4][5]. Beliau pernah menjadi pembicara di Tedx[6]. Bukunya Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum menjadi judul terbaik Malaysia pada tahun 2021[7].

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Theoretical Mechanics (2015)
  • Fizik-lah! (2017)
  • The Physicists' Odyssey: Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik (2018)
  • Alegori Naruto: Falsafah Di Sebalik Manga (2019)
  • The Human's Complex (2019)
  • Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum (2020)
  • Genesis II: Sapien & Neo-Manusia (2022)

Rujukan[sunting | sunting sumber]