Zither

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zither
Zither konsert biasa
Zither konsert biasa
Alat tali
PengelasanAlat bertali

Zither (AFA: /ˈzɪðər/) ialah sejenis alat muzik bertali.

Perkataan zither diterbitkan daripada perkataan Bahasa Latin cythara, dan ejaan ini digunakan untuk tajuk muka depan pada banyak buku manuskrip cetakan Jerman pada kurun ke-16 dan kurun ke-17, dan ejaan ini asalnya digunakan untuk "cittern" daripada perkataan Yunani kithara, iaitu alat muzik yang digunakan pada zaman Yunani kuno. Alat muzik terawal yang masih ada dalam kumpulan zither ialah guqin Cina, sejenis alat muzik tanpa fret, yang dijumpai dalam makam ketua Yi dari Zeng yang bertarikh seawal 433 SM.[1] Zither konsert ada antara 29 hingga 38 tali, dan 34 atau 35 merupakan jumlah yang paling biasa. Carta pelarasan pic untuk zither konsert dan Alpine menunjukkan bahawa tali yang digunakan berjenis C3 hingga A4. Zither dimainkan dengan memetik tali apabila alat diletakkan secara mendatar di atas meja atau boleh diletakkan atas riba. Oleh sebab zither memerlukan teknik yang bertaraf tinggi untuk pemainan apa-apa yang lebih susah daripada lagu mudah, kebanyakan zither konsert yang dijual tidak pernah digunakan untuk tujuan lebih daripada penggunaan tahap bukan profesional atau perhiasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]