Alat muzik bertali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Biola merupakan salah 1 alat muzik bertali yang terkenal

Alat muzik bertali ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada tali bergetar apabila pemain menggerakkan tali dengan cara tertentu.

Terdapat 3 cara untuk menukar pic tali yang bergetar: panjang, daya tali dan ketumpatan linear. Panjang tali dari hujung kepala ke hujung badan pada alat muzik gesek atau petik menentukan jarak pic berbeza pada alat muzik. Untuk alat muzik gesek, penggesek biasanya diletakkan serenjang dengan tali, di titik tengah antara hujung papan jari dan hujung badan. 1 tali dengan daya tali dan panjang tertentu hanya menghasilkan 1 pic. Sesetengah alat muzik menggunakan tali simpatetik. Alat bertali muzik biasanya digunakan dalam orkestra, dan pada kelazimannya, bahagian "alat bertali simfonik" melingkungi: biola, viola, selo dan kontrabes.[1] Contoh alat muzik bertali lain ialah harp, gitar, gitar bes, ukulele, zither, bouzouki dan oud.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Concise Oxford Dictionary of Music. Oxford University Press. 1964. m/s. 412. ISBN 0-19-311302-3.