Zombie Powder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zombie Powder
Zombie Powder Vol. 01 cover.jpg
Kulit hadapan jilid pertama manga Zombie Powder.
Zombie Powder
Genre Shonen, Fantasi, Komedi, Aksi
Manga
Pengarang Tite Kubo
Penerbit Jepun Shueisha
Penerbit Lain Amerika Syarikat Kanada VIZ Media
Thailand Nation Comics
Portal Anime dan Manga

Zombie Powder (ゾンビパウダー Zonbi Paudā?) merupakan manga tergantung serta karya pertama Tite Kubo, pelukis siri manga popular Bleach. Zombie Powder mula disirikan pada tahun 1999.

Zombie Powder diterbitkan dengan singkat, iaitu sejumlah 27 buah bab (disatukan ke dalam 4 buah tankōbon bermula pada bulan Februari 2000) di dalam Weekly Shonen Jump sebelum sirinya dibatalkan. Menurut kulit muka tankōbon ketiga, penulisnya berada di dalam keadaan trauma emosional yang kritikal sebelum dia mula menulisnya, justeru mungkin telah mengakibatkan pembatalan siri tersebut. Ini mungkin juga akibat daripada kekurangan surat-surat peminat, yang digunakan pihak penerbit sebagai tolok populariti untuk penilaian dalam industri manga. Namun ironiknya, peminat-peminat Barat yang menyokong manga ini cukup ramai untuk membenarkan pengedaran di Amerika Utara.

Zombie Powder telah dilesenkan oleh VIZ Media dan jilid pertamanya dikeluarkan di Amerika pada bulan September 2006, dan jilid terakhir pada bulan Jun 2007.

Latar belakang dan jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Zombie Powder mempunyai latar belakang gaya Barat di masa hadapan, serupa dengan siri Trigun. Kisahnya bermula pada 716 A.E. Bahasa yang dilihat pada bangunan-bangunan ditulis dalam bahasa Inggeris, namun sesetengah watak bertutur dalam bahasa Sepanyol, bahasa Rusia dan bahasa Itali.

Kebanyakan watak dalam manga ini merupakan "Pemburu Bedak" atau Powder Hunters yang sedang mencari bahan lagenda "Zombie Powder". Kuasanya mampu membangkitkan semula mereka yang telah mati dan menjadikan mereka yang masih hidup kekal abadi. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan "zombie powder" seseorang individu itu harus mengumpulkan dua belas Cincin Kematian. Cincin-cincin tersebut menggunakan tenaga kehidupan daripada apa-apa yang bernyawa untuk mencipta Zombie Powder. Jika sebentuk cincin itu menyerap atau "memakan" seseorang, mangsanya akan berada dalam keadaan koma. Mangsa kemudiannya kekal dalam koma sehingga dia menemui ajal. Disebabkan penghujung manga Zombie Powder yang terkejar-kejar, rupa sebenar Zombie Powder itu sendiri tidak diketahui, meskipun rupanya seakan-akan bedak putih yang membentuk sebuah tengkorak kepala dengan mata biru yang bercahaya (sumber: bab 1).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rasmi[sunting | sunting sumber]