Zoo Central Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zoo Central Park
Pusat Zoo Central Park
Tarikh dibuka1864 (kumpulan binatang); 2 Disember 1934 (zoo); 8 Ogos1988 (renovasi)
LokasiCentral Park, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat
Koordinat40°46′4″N 73°58′18″W / 40.76778°N 73.97167°W / 40.76778; -73.97167Koordinat: 40°46′4″N 73°58′18″W / 40.76778°N 73.97167°W / 40.76778; -73.97167
Kawasan tanah6.5 ekar (2.6 he)
KeahlianAZA[1]
Laman sesawangcentralparkzoo.com

Zoo Central Park ialah zoo seluas 6.5 ekar (2.6 he) yang terletak di bahagian tenggara Central Park di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat. Ia adalah sebahagian daripada sistem bersepadu empat zoo dan satu akuarium yang diuruskan oleh Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS). Bersempena dengan pengoperasian Zoo Central Park, WCS menawarkan program pendidikan kanak-kanak dalam pemulihan populasi spesies terancam, dan mendekati komuniti tempatan melalui program sukarelawan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya merupakan tempat pengumpulan binatang yang diasaskan pada tahun 1864 dan dinobatkan zoo awam pertama yang dibuka di New York.[2][3] Kemudian, kemudahan sedia ada mula dibuka sebagai zoo bandar pada 2 Disember 1934,[4] dan merupakan sebahagian daripada program penggiatan semula taman bandar, taman permainan dan zoo lebih besar yang dimulakan pada tahun 1934 oleh pesuruhjaya Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York (NYC Parks), Robert Moses.[5][6] Ia dibina sebahagian besarnya, melalui buruh dan pembiayaan Pentadbiran Kerja Awam dan Pentadbiran Kemajuan Kerja (WPA). Zoo kanak-kanak yang terletak di utara zoo utama dibuka pada tahun 1960, menggunakan pembiayaan daripada derma oleh Senator Herbert Lehman dan isterinya, Edith.

Selepas 49 tahun beroperasi sebagai zoo bandar yang dikendalikan oleh NYC Parks, Zoo Central Park ditutup pada tahun 1983,[7][8] though the children's zoo remained open.[9] untuk pembinaan semula.[10] Pembinaan semula zoo ini adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian selama lima tahun.[11][12] Ia telah didedikasikan semula pada 8 Ogos 1988, sebagai sebahagian daripada sistem lima kemudahan yang diuruskan oleh WCS, yang ditauliahkan oleh Persatuan Zoo dan Akuarium (AZA).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "List of Accredited Zoos and Aquariums". aza.org (dalam bahasa Inggeris). Association of Zoos and Aquariums. Dicapai pada Mei 27, 2010.
  2. ^ "CentralParkHistory.com". CentralParkHistory.com (dalam bahasa Inggeris). Disember 24, 1999. Dicapai pada April 1, 2019.
  3. ^ Newman, Andy (June 15, 2014). "Giving Life to Central Park Zoo, One Donation at a Time". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada Mei 1, 2019.
  4. ^ "New Zoo Opens, Al Smith Gets Job As Honorary Night Superintendent; Central Park's 'Picture-Book' Menagerie Bestows Rare Degree – Recipient Admits He Knows Tigers, but Is 'Not So Good With Elephants' – Mayor Speaks and Hodson Sings a Song". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Disember 3, 1934. ISSN 0362-4331. Dicapai pada Mei 2, 2019.
  5. ^ "Robert Moses and the Modern Park System (1929–1965)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Disember 23, 2006.
  6. ^ "New Zoo Designed By CWA in 16 Days; Feat of White-Collar Workers on Central Park Project Is Praised by Moses". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Februari 27, 1934. ISSN 0362-4331. Dicapai pada Mei 2, 2019.
  7. ^ Carmody, Deirdre (October 13, 1984). "Central Park Renews Its Details and Vistas in a Burst of Repairs". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada April 18, 2019.
  8. ^ Slagle, Alton (February 6, 1983). "The Greening of Central Park". New York Daily News (dalam bahasa Inggeris). m/s. 7, 55 – melalui Newspapers.com penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca.
  9. ^ "Zoo will receive $28M face lift in Central Park". New York Daily News. April 18, 1985. m/s. 156. Dicapai pada May 2, 2019 – melalui Newspapers.com penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca.
  10. ^ Giordano, Mary Ann (October 15, 1981). "Society takes on taming of the zoos". New York Daily News (dalam bahasa Inggeris). m/s. 11. Dicapai pada May 2, 2019 – melalui Newspapers.com penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca.
  11. ^ Clines, Francis X. (Februari 4, 1993). "What's 3 Letters and Zoologically Incorrect?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada Mei 4, 2019.
  12. ^ "City's 3 Zoos to Be Taken Over By New York Zoological Society". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). April 23, 1980. ISSN 0362-4331. Dicapai pada November 22, 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]