Zoo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi filem, lihat Zoo (filem).
"Tiergarten Schönbrunn", Vienna, telah dibina pada 1752 dan merupakan zoo yang paling lama masih bertahan.

Zoo, taman haiwan atau kebun binatang ialah tempat di mana binatang daripada pelbagai spesies berlainan ditempatkan dan dipelihara di dalamnya supaya dapat dilihat orang ramai atau pelawat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan "zoo" merupakan kependekan daripada istilah zoological garden ("taman zoologi"). Kependekan ini asalnya digunakan untuk Zoo London, dahulunya Taman Zoologi London (London Zoological Gardens) yang fibuka untuk tujuan kajian saintifik pada tahun 1828 dan untuk kegunaan ramai pada 1857.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zoo tertua yang masih beroperasi di dunia ialah Tiergarten Schönbrunn yang terletak di Vienna, Austria. Ia dibina oleh Adrian van Stekhoven in 1752 atas perintah Maharaja Rom Suci Francis I, suami Maria Theresa dari Austria sebagai suatu kumpulan binatang kurungan (menagerie) sebahagian daripada Istana Schönbrunn. Kumpulan binatang tersebut asalnya digunakan untuk tontonan kerabat diraja namun ia kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada tahun 1765. Pameran haiwan seperti ini berfungsi menunjukkan kekuasaan raja terhadap rakyatnya. Zoo moden yang muncul di Halifax, London, Paris dan Dublin sejak awal abad ke-19 pula lebih tertumpu sebagai bahan pameran berfaedah kepada orang ramai untuk tujuan hiburan.[2]

Persatuan Zoologi London diasaskan Stamford Raffles pada tahun 1826 yang kemudiannya menubuhkan Zoo London di Regent's Park dua tahun kemudian.[3] Zoo tersebut merupakan zoo saintifik pertama[4][5] yang asalnya ditubuhkan bertujuan menyimpan bahan untuk kajian saintifik, namun ia kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada tahun 1847.[5] Tempat tersebut dibina dan dibangunkan jurubina John Nashdengan tumpuannya kepada masyarakat kota London yang pesat. Seni bina yang dibawa oleh zoo ini menjadi model ikutan kepada zoo kota awam.[6] Zoo tersebut membuka akuarium awam pertamanya pada 1853.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ZSL's history" Diarkibkan February 28, 2008, di Wayback Machine., Zoological Society of London.
  2. ^ "Introducing the Modern Zoo". Dicapai pada 17 Disember 2012. 
  3. ^ "April 27". Today in Science History. Dicapai pada 5 Mac 2008. 
  4. ^ "Zoo," Encyclopædia Britannica, 2008.
  5. ^ a b "ZSL's History". Zoological Society of London. Diarkibkan daripada original pada 28 Februari 2008. Dicapai pada 5 Mac 2008. 
  6. ^ "The Role of Architectural Design in Promoting the Social Objectives of Zoos". Dicapai pada 2012-12-17. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.