(c)Brain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
(c)Brain Virus
Brain-virus.jpg
Sektor but cakera liut yang dijangkiti

(c)Brain (panggilan piwaian dalam industri adalah Brain) adalah (dalam penjelmaan semula seperti yang ditulis pada Januari 1986) di anggap sebagai virus komputer pertama bagi PC. Ia menjangkiti sektor but media penyimpan dalam format sistem fail File Allocation Table (FAT) DOS. Virus ini juga dikenali sebagai Lahore, Pakistani, Pakistani Brain, Brain-A dan UIUC. Majalah Businessweek pada masa itu memanggil virus tersebut sebagai flu Pakistan.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

(c)Brain menjejaskan komputer dengan menggantikan sektor but dengan salinan virus. Sektor but sebenar di alihkan kesektor lain dan ditanda sebagai rosak. Cakera yang dijangkiti biasanya mempunyai tiga kilobit sektor rosak. Label cakera ditukar kepada (c)Brain, dan teks berikut dapat dilihat dalam sektor but yang dijangkiti:

Welcome to the Dungeon (c) 1986 Brain & Amjads (pvt) Ltd VIRUS_SHOE RECORD V9.0 Dedicated to the dynamic memories of millions of viruses who are no longer with us today - Thanks GOODNESS!! BEWARE OF THE er..VIRUS : this program is catching program follows after these messages....$#@%$@!!

Terdapat banyak variasi utama dan kecil bagi versi teks tersebut. Virus itu memperlahankan pemancu cakera liut dan menjadikan tujuh kilobytes ingatan of memory dilindung dari DOS. (c)Brain ditulis oleh dua saudara, Basit_Farooq_Alvi dan Amjad Farooq Alvi, yang tinggal di Chahmiran, Lahore, Pakistan. Mereka memberitahu TIME bahawa mereka menulisnya bagi melindungi aturcara perubatan mereka dari cetak rompak dan ia sepatutnya mensasar pesalah hakcipta sahaja.

(c)Brain kekurangan kod bagi menangani pembahagian (partitioning) cakera keras, dan mengelak menjangkiti cakera keras dengan memeriksa bit paling penting nombor pemancu BIOS yang dicapai; (c)Brain tidak menjangkiti cakera sekiranya bit bebas, tidak seperti virus lain masa itu yang tidak menghiraukan (agnostic) pembahagian cakera dan dengan itu memusnahkan data tersimpan dalam cakera keras dengan menanganinya sama seperti cakera liut.  (c)Brain sering kali tidak dikesan sebahagiannya disebabkan ia tidak membuat kemusnahan dengan sengaja, terutama apabila pengguna mengabaikan capaian catera liut yang perlahan.

Virus ini datang lengkap dengan alamat dan tiga nombor talifon adik-beradik, dan perutusan yang memberitahu pengguna bahawa mesin mereka telah dijangkiti dan untuk pencacaran pengguna perlu menghubungi mereka:

Welcome to the Dungeon (c) 1986 Basit * Amjad (pvt) Ltd. BRAIN COMPUTER SERVICES 730 NIZAM BLOCK ALLAMA IQBAL TOWN LAHORE-PAKISTAN PHONE: 430791,443248,280530. Beware of this VIRUS.... Contact us for vaccination...

Tindak balas pencipta virus[sunting | sunting sumber]

Apabila adik-beradik mula menerima sejumlah besar panggilan telefon dari pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain, menuntuk mereka bagi membersihkan mesin mereka, adik-beradik tersebut terkejut dan cuba menjelaskan kepada pemanggil yang marah bahawa matlamat mereka tidak berniat jahat. Mereka akhirnya terpaksa memotong talian telefon mereka dan kesal kerana meletakkan alamat hubungan mereka. Adik-beradik ini masih menguruskan perniagaan di Pakistan sebagai pembekal perkhidmatan Internet dengan syarikat yang dikenali sebagai Brain Limited.

Ia dijangka bahawa adik-beradik ini mencipta virus ini sebagai "gimik comel" bagi mengiklankan perniagaan mereka.[1]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Ashar ialah versi Brain lebih awal. Terdapat enam kelainan yang perutusannya berlainan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.cknow.com/vtutor/RobertSladeChapter7-Brain.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]