13 Bom di Jakarta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
13 Bom di Jakarta
PengarahAngga Dwimas Sasongko
Penulis
Dihasilkan olehTaufan Adryan
Dibintangi
SinematografiArnand Pratikto
Disunting olehHendra Adhi Susanto
Muzik olehAbel Huray
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies (Malaysia)
Tarikh tayangan
  • 2 Disember 2023 (2023-12-02) (JAFF)
  • 28 Disember 2023 (2023-12-28) (Indonesia)
  • 01 Februari 2024 (2024-02-01) (Malaysia)
Masa tayangan
143 minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia
BajetRM29 juta (anggaran)

13 Bom di Jakarta (judul rasmi bahasa Inggeris: 13 Bombs) ialah sebuah filem aksi ngeri jenayah pengintipan Indonesia 2023 terbitan Visinema Pictures. Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko serta dibintangi oleh Chicco Kurniawan, Ardhito Pramono, dan Lutesha. 13 Bom di Jakarta ditayangkan di pawagam pada 28 Desember 2023 sementara Malaysia bakal menayangkan filem ini pada 1 Februari 2024.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menceritakan tentang keganasan sekumpulan pengganas yang ingin menyerang Jakarta, ibu kota Indonesia. Serangan 13 bom tersebut akan memusnahkan bandar dan meningkatkan angka korban yang begitu ramai. Agensi Kaunter Pengganas Indonesia (bahasa Inggeris: Indonesian Counter Terrorism Agency) (ICTA) mendapatkan khabar tentang rancangan bom tersebut, dan mereka bertindak dengan menubuhkan satu pasukan ejen rahsia. Pasukan ejen rahsia tersebut dipimpin oleh Emil (Ganindra Bimo), seorang ejen yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan besar.[1]

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pra-produksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini pertama kali diumumkan pada 10 April 2023 melalui muat naik Instagram oleh pengarah dan penulis, Angga Dwimas Sasongko. Dalam muat naik tersebut, ia merungkai bahawa filem ini akan dihasilkan oleh Taufan Adryan, dengan penuisan dan cerita filem ini ditulis olehnya bersama M. Irfan Ramli, dan barisan pelakon telah dipilih.[2][3] Filem ini pada asalnya bertajuk Start-Up-Dax bertujuan untuk produksi awal.

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2023, Chicco Kurniawan, Ardhito Pramono, Lutesha, Rio Dewanto, Puteri Ayudya, Ganindra Bimo, Niken Anjani, Rukman Rosadi, Muhammad Khan dan Andri Mashadi disahkan akan berlakon di filem ini melalui sebuah pos di akaun Instagram pengarah sendiri.[4][5]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran utama bermula pada Jun 2023 dari Jakarta ke Klaten di Jawa Tengah selama 41 hari.[6][7]

Muzik[sunting | sunting sumber]

"Merintih Perih" digubah dan disusun oleh Reza Dwiputranto (sebagai Sore Band), dan dikeluarkan oleh Aksara Records.

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Treler awal filem dilancarkan pada 17 November 2023.[8] Treler utama filem pula dilancarkan pada 24 November 2023 bersama dengan sebuah poster.[9]

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

13 Bom di Jakarta tayang perdana di festival filem Jogja-NETPAC Asian 2023 pada 2 Disember 2023 sebagai filem penutup festival tersebut.[10] Filem ini mula ditayangkan di pawagam-pawagam Indonesia pada 28 Desember 2023.[11]

Filem ini bakal diedarkan oleh GSC Movies untuk pasaran Malaysia dan bakal ditayangkan di pawagam bermual 1 Februari sempena cuti sekolah.[12] Filem ini juga bakal ditayangkan di Belanda menerusi Festival Filem Antarabangsa Rotterdam pada 29 Januari 2024.

Pada bulan April filem 13 Bombs in Jakarta turut memenangi dua kategori di Ho Chi Minh City Festival Filem Antarabangsa (HIFF) di Vietnam, iaitu Reka Bentuk Bunyi Terbaik dan Penyuntingan Terbaik.[13]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat sambutan yang tinggi di Indonesia apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 ribu pada hari pertama tayangan.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sinopsis Film 13 Bom di Jakarta: Aksi Menegangkan Mengungkap Teror di Ibu Kota". CNN Indonesia. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  2. ^ Wakhid, Nurul, penyunting (11 April 2023). "Angga Dwimas Sasongko Umumkan Proyek Film Baru 13 Bom di Jakarta, Satu Universe dengan Mencuri Raden Saleh?". Jateng Network (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  3. ^ @anggasasongko (10 April 2023). "I am happy to announce that my espionage action movie, "13 Bom di Jakarta" will start the principal photography next month. Semua cast sudah locked dan kami mulai masuk masa workshop dan rehearsal yang seru. Di proyek ini saya diproduseri oleh @taufanadryan dan menulis bareng lagi sama @bckyrds. Sampai jumpa di bioskop ya!". Instagram. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  4. ^ Putri, Maria Rosari Dwi, penyunting (3 Jun 2023). "13 Bom di Jakarta garapan Angga Sasongko akan mulai proses syuting". Antara (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  5. ^ @anggasasongko (2 Jun 2023). "I am proud to reveal all the cast of my upcoming action espionage movie @13bomdijakartafilm. With them, I anticipate a fun and exciting ride making this movie. We will make sure to bring you the same feeling when you watch it in the cinema. #13BomDiJakarta ps: @andrimashadi lagi syuting jadi ga bisa ikutan foto 🤣". Instagram. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  6. ^ "Film 13 Bom di Jakarta Mulai Syuting, Proyek Terbesar Visinema Pictures di 2023". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 2 Jun 2023. Dicapai pada 26 November 2023.
  7. ^ "13 Bom di Jakarta Diyakini Jadi Film Action Indonesia Terbesar Tahun Ini". Republika (dalam bahasa Indonesia). 27 Oktober 2023. Dicapai pada 26 November 2023.
  8. ^ Saputri, Nanda Lusiana, penyunting (17 November 2023). "Teaser Film 13 Bom di Jakarta Resmi Dirilis, Rio Dewanto Serang Truk Uang dengan Bazoka". Tribunnews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 November 2023.
  9. ^ "13 Bom di Jakarta Rilis Trailer, Rio Dewanto Teror Ibu Kota". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 25 November 2023. Dicapai pada 25 November 2023.
  10. ^ Riandi, Ady Prawira; Pangerang, Andi Muttya Keteng (10 November 2023). "13 Bom di Jakarta Jadi Film Penutup JAFF 2023". Kompas.com. Dicapai pada 10 November 2023.
  11. ^ "Daftar Pemain dan Jadwal Tayang Film 13 Bom di Jakarta". Medcom.id (dalam bahasa Indonesia). 26 Oktober 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  12. ^ 13 BOM DI JAKARTA | In Cinemas 1 FEBRUARY 2024, dicapai pada 2024-01-15
  13. ^ "Film 13 Bom di Jakarta Sabet 2 Penghargaan Internasional". idntimes.com. Dicapai pada 22 April 2024.
  14. ^ Media, Kompas Cyber (2023-12-29). "Hari Pertama Tayang, Film 13 Bom di Jakarta Tembus 100.000 Lebih Penonton". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-01-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]