1950-an

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 Milenium:    Milenium ke-1Milenium ke-2Milenium ke-3
 Abad:     Abad ke-19Abad ke-20Abad ke-21  
 Dekad    1920-an1930-an1940-an1950-an1960-an1970-an1980-an  
 Tahun:     1950195119521953195419551956195719581959  



Dekad 1950-an merupakan tahun-tahun dari 1950 hingga 1959, iaitu antara 11 Rabiulawal 1369 hingga 1 Rejab 1379. Dekad ini di masyarakat Barat telah ditandakan dengan:

Kebanyakan pertikaian dalaman yang berkembang pada dekad-dekad yang awal, seperti hak-hak kewanitaan, hak-hak awam, imperalisme, dan peperangan telah pun disekat ataupun diabaikan pada waktu ini. Perkembangan ini disebabkan pemulangan dunia daripada Perang Dunia II berharap melihat sejenis cara hidup yang lebih tekal berbandingan dengan liberalisme dan radikalisme 1930-an dan 1940-an. Walau bagaimanapun, kesan penyekatan masalah-masalah sosial pada dekad ini akan berkesudahan sebaliknya pada dekad 1960-an dengan gerakan budaya saingan.

Dekad 1950-an juga ditandakan dengan perkembangan pertikaian yang pesat di Blok Timur dan Kesatuan Soviet yang meningkatkan Perang Sejuk ke tahap yang tidak pernah berlaku dahuhu, termasuk Perlumbaan Senjata, Perlumbaan Angkasa, McCarthyisme dan Perang Korea. Kematian Stalin pada 1953 meninggalkan kesan yang amat hebat kepada Eropah Timur dan memaksakan Kesatuan Soviet mencipta dasar-dasar dalaman dan luar yang lebih terbuka.

Kebangkitan suburbia dan juga pertikaian dengan Dunia Timur yang semakin bertumbuh telah diterima umum sebagai dua alasan bagi menerangkan penguasaan konservatif pada dekad ini.