9
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 9. Bagi kegunaan lain, sila lihat 9 (nombor).
| Abad: | Abad ke-1 SM · Abad ke-1 · Abad ke-2 |
| Dekad: | 30-an SM 20-an SM 10-an SM 0-an 10-an 20-an 30-an |
| Tahun: | 6 7 8 9 10 11 12 |
9 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Peristiwa[sunting]
Mengikut tempat[sunting]
Asia[sunting]
- Wang Mang mengasaskan Dinasti Xin yang tidak kekal lama di China (sehingga 25).
Empayar Rom[sunting]
- Illyria dijadikan sebuah provinsi selepas kegagalan pemberontakannya.
- Sungai Rhine dijadikan sempadan antara dunia-dunia pertuturan bahasa Latin dan bahasa Jerman selepas kekalahan tentera Rom di bawah Varus di Pertempuran Hutan Teutoburg.
- Legio II Augusta, XX Valeria Victrix, dan XIII Gemina berpindah ke Jerman untuk menggantikan Legio XIX dan legion-legion lain yang dimusnahkan di Teutoburg.
- Catuvellauni menyerang Trinovantes dan menawan Camulodunum.
- Ovid dibuang negeri ke Tomis.
- Pannonia (Hungary kini) menyerah kepada pemerintahan Rom.
- Untuk menaikkan bilangan perkahwinan dan akhirnya bilangan penduduknya, lex Papia Poppaea diterima di Rom. Undang-undang ini melarang pembujangan, serta hubungan-hubungan tanpa beranak.
- Kewangan Rom mengalami kesukaran selepas pemberontakan Danubia, dan kekalahan Varus di Jerman. Ini mengakibatkan pengenaan dua cukai yang baru, iaitu 5% pada harta pusaka, dan 1% pada jualan.
Kelahiran[sunting]
Kematian[sunting]
- Publius Quinctilius Varus, jeneral Rom, yang dikatakan membunuh diri dalam Pertempuran Hutan Teutoburg