A-37 Dragonfly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A-37 Dragonfly
OA-37B-1.jpg
Sebuah pesawat OA-37B Dragonfly dari Pengawal Udara Kebangsaan Illinois semasa dalam Latihan GRANADERO I pada 14 Mei 1984.
Peranan Pesawat penyerang ringan
Pengeluar Cessna
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Vietnam
Tentera Udara Chile
Tentera Udara Colombia
Dibangunkan dari T-37 Tweet

A-37 Dragonfly merupakan sebuah pesawat penyerang ringan yang dibangunkan dalam tahun 1963 dengan membuat pengubahsuaian kepada kerangka kapal terbang latihan T-37 Tweety Bird. Walaupun kelihatan serupa, pada hakikat tidak banyak kelengkapan yang boleh dikongsi bersama di antara kedua model ini.

Stesen senjata diletakkan di bahagian bawah sayap dan hujung sayap diletakkan tangki minyak. Kokpit pesawat ini diberikan kelengkapan avionics yang lebih canggih dan kerusi lenting, dan kebolehan mengisi minyak semasa penerbangan. Meriam 20mm juga dipasangkan.

Oleh kerana pengubahsuaian ini melibatkan penambahan berat pesawat, dua enjin General Electric J85-GE-17A yang lebih berkuasa dipasangkan yang memberikan tujahan 2,850 lbs. Pesawat ini mempunyai depan sayap 35 kaki 10 inci, panjang 29 kaki 3 inci dan tinggi 8 kaki 10 inci. Berat maksimum pesawat ini adalah 7000 kg dan ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 800 kmj. Pesawat ini boleh terbang sehingga ketinggian 14000 meter. Pesawat ini mempunyai 2 orang anak kapal.

Persenjataan pesawat A-37 Dragonfly termasuklah satu pucuk minigun 7.62mm di bahagian muncung pesawat dan beban perang seberat 2400 kg yang boleh dipasang di 8 stesen senjata di sayap. Tatasusun yang lain boleh melibatkan pemasangan dua pod mesingan, 2 pelancar roket 2.75 inci dan 4 butir bom.

Sebanyak 577 pesawat A-37 dibina oleh Cessna dalam jangka masa 10 tahun. Pesawat ini digunakan dengan meluas semasa Perang Vietnam dan sebilangannya diserahkan kepada Tentera Udara Republik Vietnam.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Colombia
  • Republik Dominica
  • Ecuador
  • El Salvador
  • Guatemala
  • Honduras
  • Peru
  • Korea Selatan
  • Thailand
  • Uruguay

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Pautan luar[sunting | sunting sumber]