A. Ubaidillah Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A. Ubaidillah Alias
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan
Memegang jawatan
9 Januari 2019
Menteri Besar Ahmad Yakob
Didahului olehAhmad Saiful Rahman Ab Rahim
Butiran peribadi
Alma materUniversiti Al-Azhar, Mesir
Ahmad Ubaidillah Alias
Nama penaA. Ubaidillah Alias
PekerjaanPenulis novel, penulis skrip, ustaz dan pegawai kerajaan.
WarganegaraMalaysia Malaysia
GenreFiksyen, Cinta. Remaja, Agama
Karya terkenalNovel beliau, Warkah Cinta Berbau Syurga dan Kala Cinta & Wahyu Bersatu diangkat menjadi drama bersiri dua musim iaitu Warkah Cinta, dan Warkah CInta 2: Cinta dan Wahyu
Laman web
ustazcinta.my

A. Ubaidillah Alias ialah seorang penulis kelahiran Kelantan. Dua buah novel karya beliau telah diangkat menjadi drama bersiri yang disiarkan di TV AlHijrah. Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob[1].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ubaidillah dilahirkan di Salor dan dibesarkan di Kampung Belukar, Cabang Tiga Pendek, Kelantan. Beliau pernah bersekolah di Maahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat Pulai Chondong. Kemudiannya beliau mengambil ijazah dalam jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[2]

Beliau telah berkahwin dengan Siti Hawa Faisal yang merupakan graduan syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan mendapat tiga orang cahaya mata daripada perkahwinan tersebut, iaitu Khadijah Mukhlisah, Amin Mukhlis, dan Ammar Mukhlis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dahulunya merupakan guru al-Quran di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat, Kelantan sehingga tahun 2009. Kemudian beliau menyambung tugasan sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sehingga 2019, sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan pada 9 Januari 2019[1].

Di samping itu beliau menulis cerpen dan novel bagi beberapa syarikat penerbitan di Malaysia seperti PTS Media Group, Telaga Biru dan Karnadya. Beliau juga berkesempatan menulis skrip dua buah drama yang diadaptasi daripada novel tulisannya sendiri iaitu "Warkah Cinta" dan "Cinta dan Wahyu". Dua drama ini disiarkan di TV AlHijrah. Beliau juga menulis skrip bagi dua telemovie iaitu "Cinta Kun Fayakun" yang disiarkan di TV AlHijrah dan "Setulus Cinta Aqilah" yang disiarkan di Astro Oasis pada 2014.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • A. Ubaidillah Alias (2015). Ustaz Nok Tolong Lah Ni. Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN 9789674490041.
  • A. Ubaidillah Alias (2015). Apabila remaja bercinta...ceritera 3 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN 9789674491383.
  • A. Ubaidillah Alias (2014). Apabila muslimah bertanya...tentang aurat (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN 9789670604817.
  • A. Ubaidillah Alias (Ogos 2013). Melukis Syurga. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 9789673881352.
  • A. Ubaidillah Alias (Mac 2013). Rahsia Cintaku: Kumpulan cerpen. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 9789673881192.
  • A. Ubaidillah Alias (2013). Kala Cinta dan Wahyu Bersatu. Batu Caves: PTS Litera. ISBN 9789833892815.
  • A. Ubaidillah Alias (2013). Apabila Remaja Bercinta... alkisah 2 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN 9789670604244.
  • A. Ubaidillah Alias (2013). Apabila Remaja Bercinta... 1 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN 9789670604114.
  • A. Ubaidillah Alias (April 2012). Ingin Menjadi Penulis?. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 9789673880768.
  • A. Ubaidillah Alias (Mac 2011). Cinta Kun Fayakun: Kumpulan cerpen. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 9789673880287.
  • A. Ubaidillah Alias (2011). Cinta Kembali Bertasbih. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd. ISBN 9789675783791.
  • A. Ubaidillah Alias (Mac 2010). Kala Cinta & Wahyu Bersatu. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd. ISBN 9789833892815.
  • A. Ubaidillah Alias (2010). Menyeru kepada Allah: Panduan untuk Pendakwah Muda. Petaling Jaya: Kemilau Publika Sdn Bhd. ISBN 9789675515071.
  • A. Ubaidillah Alias (Februari 2010). Kompas Cinta: Panduan Remaja Melakar Cinta Dihatinya. Petaling Jaya: Rijal Media. ISBN 9789675515064.
  • A. Ubaidillah Alias (Januari 2010). Sakinah : Sumber Ketenangan dan Keberkatan Dalam Hidup. Petaling Jaya: Kemilau Publika Sdn Bhd. ISBN 9789673610020.
  • A. Ubaidillah Alias (2009). Mengintai Cinta Khalifah. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd.
  • A. Ubaidillah Alias (2009). Aku mahu jatuh cinta : Tapi... dengan siapa?. Bandar Baru Bangi: Karnadya Publishing Sdn Bhd. ISBN 9789833316878.
  • A. Ubaidillah Alias (2009). Warkah Cinta Berbau Syurga. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn Bhd. ISBN 9789833603916.
  • A. Ubaidillah Alias (2006). Sekudus Nur Ilahi. Batu Caves: PTS Millenia. ISBN 9833603343.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b SITI FATIHAH AWANG (9 Januari 2019). "Setiausaha baharu MB Kelantan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-27. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  2. ^ A. Ubaidillah Alias. Biodata penulis PTS. Capaian 18 Febuari 2013