TV AlHijrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TV ALHIJRAH
Tvalhijrah.png
Tarikh pelancaran 7 Disember 2010
Pemilik Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Format gambar UHF
Cogan kata Segalanya Bermula di Sini
Negara Malaysia Malaysia
Cakupan siaran Malaysia Malaysia
Ibu pejabat Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Saluran kembar TV ALREJAB (akan datang)
Laman web http://www.tvalhijrah.com/
Ketersediaan
Satelit
Astro Saluran 114
Kabel
HyppTV Saluran 114 (HD)

ALHIJRAH Media Corporation atau TV ALHIJRAH merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Ia beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. [1] bekas Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Allahyarham Bukhari Che Muda iaitu bekas Ketua Pegawai Operasi TV9 milik media prima.

TV AlHijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Pada 1 Januari 2012, TV Alhijrah mula menambah jumlah masa penyiaran bermula dari 6 pagi berbanding dahulu iaitu bermula 12 tengah hari dengan beberapa lagi rancangan tambahan bagi memuaskan hati penonton setia mereka.[2][3]

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • Lembah Klang - 743.25 MHz
  • Terengganu - 631.25 MHz
  • Johor Timur, Kepulauan Johor & Selatan Pahang (Menara Transmisi Bukit Tinggi, Mersing)- 623.25 MHz
  • Sarawak - 599.25 MHz
  • Sabah - 599.25 MHz
  • Pahang (Pahang Timur) - Pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan Saluran 22 Frekeunsi UHF 475.25
  • Perak (Perak Tengah dan Selatan)- Pemancar di Gunung Kledang Ipoh Perak Saluran 46 Frekeunsi UHF

743.25Mhz

  • Kedah (Sekitar Alor Star Sahaja) Pemancar Menara Alor Star. (Saluran 32 UHF) (559.25 MHz)
  • Kota Bharu (UHF 48) (687.25MHz)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pelancaran TV Al-Hijrah Ditangguh
  2. TV Alhijrah mulakan siaran awal pagi mulai 1 Januari. Utusan Malaysia. 30 Disember 2011. Dicapai 27 Januari 2012.
  3. TV AlHijrah tambah siaran. Utusan Malaysia. 4 Januari 2012. Dicapai 27 Januari 2012.