A Journey Called Life

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A Journey Called Life
金石良缘
Genre Drama moden
Dibintangi Steven Ma
Kent Cheng
Linda Chung
Fala Chen
Raymond Cho
Lagu pembukaan "小故事" by
Steven Ma & Linda Chung
Negara asal Bendera Hong Kong Hong Kong
Bahasa Kantonis
Bilangan episod 20
Penerbitan
Tempoh siaran kk. 45 minit
Penyiaran
Saluran asal TVB
Siaran asal 31 Mac 2008
25 April 2008
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

A Journey Called Life (Aksara Cina Tradisional: 金石良缘) ialah drama moden TVB yang disiarkan pada 2008.

Selepas berpasangan dalam filem Virtues of Harmony 2, Steven Ma dan Linda Chung berpasangan sekali lagi dalam siri drama ini. Kali ini juga merupakan kali kedua watak Steven dan watak Fala Chen merupakan adik-beradik, dengan kali pertama berlaku dalam Steps, siri TVB pada 2007.

A Journey Called Life juga merupakan salah satu daripada hanya beberapa siri TVB yang berkenaan dengan isu-isu dan senario-senario hidup nyata. Seluruh siri ini yang melibatkan kedua-dua kemoralan dan ajaran hidup menampilkan masalah yang dihadapi oleh remaja dan pemuda pada dekad yang lalu... termasuklah dadah, pengguguran, rogol, kepercayaan dan hubungan keluarga, wang, dan ketamakan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon Peranan Perihalan
Kent Cheng Kam Shek
金石
Bos Pengukir Batu
Mentor kepada Shung Yat-On
Bapa Kam Wing-Loi
Steven Ma Shing Yat-On
成日安
Pengukir Batu
Pelajar Kam Shek
Kekasih Sze Ka-Ka
Abang kepada Shing Mei-Sum dan Shing Mei-Yee
Linda Chung Sze Ka-Ka
施嘉嘉
Kekasih Shing Yat-On
Fala Chen Shing Mei-Sam (Vicky)
成美心
Adik perempuan Shing Yat-On
Kekasih Kam Wing-Loi
Raymond Cho Kam Wing-Loi
金永來
Anak lelaki Kam Shek
Kekasih Shing Mei-Sam
Angelina Lo Chin Sau-Ching
錢秀清
Isteri Kam Shek
Ibu Kam Wing-Loi
Mary Hon Ho Bo-Ling
何寶玲
Ibu kepada Shing Yat-On, Shing Mei-Sam dan Shing Mei-Yee.
Samuel Kwok Sze Lap-Ji
施立志
Bapa Sze Ka-Ka
Ma Hoi Lun Yeung Dai-Fun
楊大芬
Isteri Sze Lap-Ji
Ibu tiri Sze Ka-Ka
Eric Li Cheung Jan-Wing
張振榮
Abang (atau adik) tiri lelaki Sze Ka-Ka
Anak Yeung Dai-Fun
Stephen Wong Cheung Jan-Hing
張振興
Suami Shing Mei-Yee
Anak lelaki Yeung Dai-Fun
Helena Wong Shing Mei-Yee
成美意
Kakak (atau adik perempuan) kepada Shing Yat-On dan Shing Yat-Mei
Isteri Cheung Jan-Hing
Queenie Chu Chiang Ma Kei (Maggie)
姜瑪琪
Kawan dan rakan sekerja Sze Ka-Ka

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sejak ibunya meninggal dunia ketika dia masih muda lagi, Sze Ka-Ka (Linda Chung) bersifat suka melawan dan menjalani kehidupan yang tidak berakhlak seperti menghisap dadah dan minum arak. Disebabkan dia dipandang rendah oleh keluarga tiri, selain tertimbul salah faham tentang kematian ibunya, Ka dan keluarganya tidak bergaul mesra. Apabila mayat ibunya hilang, Ka bergegas mencari-carinya. Akhirnya, dia mendapati bahawa mayat ibunya berada di kilang batu Kam Shek (Kent Cheng). Namun kasih sayang Ka terhadap ibunya menarik hati Shek dan pengikutnya, Shing Yat-On (Steven Ma). On berkawan dengan Ka dan membantunya menyelesaikan banyak masalah peribadi, malah mencari pekerjaan untuknya di syarikat yang kakaknya, Shing Mei-Sum (Fala Chen), bekerja. Ka menghargai kesemua yang dilakukan oleh On dan beransur-ansur memperbaik gaya hidupnya. Mereka semakin menyayangi satu sama lain tetapi tidak saling mengakui cinta mereka kerana kedua-dua mereka takut berpatah hati dan lebih selesa mengekalkan hubungan bak adik-beradik. Akhirnya, peluang tertimbul apabila Shek masuk hospital untuk menjalani pembedahan jantung. Shek menyuruh Ka menggantikannya sebagai jurulatih maraton kepada On. Apabila On memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan itu dan merayakan kejayaannya dengan pelari pasangannya yang lama, Ka berasa cemburu tetapi hanya melalui peristiwa itu bahawa mereka dapat mendedahkan perasaan sesama mereka.

Sum seorang wanita yang mementingkan kebendaan dan yang berhasrat untuk mengahwini orang kaya. Dia berpacaran dengan bosnya Tung Ka-Cheung (Cheng Tse-Sing) sementara berhubungan sulit dengan anak lelaki Kam Shek Wing-Loi (Raymond Cho). Apabila dia tidak sengaja mengandung, dia menjalani pengguguran kerana dia tidak mahu bayi itu menghancurkan peluangnya untuk berkahwin dengan orang kaya. Keluarganya amat sangat kecewa dengan Sum. Sewaktu hubungan Sum dengan keluarganya semakin merosot, Cheung juga mendedahkan bahawa dia sedar akan hubungan cinta Sum dengan Loi dan memutuskan hubungan mereka dengan serta-merta. Ditolak oleh keluarga dan kini tanpa seseorang pun yang dapat bergantung, Sum berasa sedih lalu melegakan tekanannya melalui minuman arak. Ka yang kini hamil, walaupun diberitahu bahawa dia sukar mengandung, dilanggar oleh Sum yang memandu kereta sewaktu mabuk dan dengan itu, kehilangan anaknya. Kerana tusukan rasa bersalah terasa di hatinya, Sum membunuh diri melalui mati lemas. On menjadi murung dan hilang sikapnya yang optimistik untuk terus hidup. Walau bagaimanapun, dengan bantuan Ka, On sekali lagi menemukan harapan lalu mampu menghabiskan maraton yang disediakan begitu lama.

Kadaran penonton[sunting | sunting sumber]

No. Minggu Episod Mata purata Mata tertinggi Rujukan
1 31 Mac - 4 April 2008 1 — 5 28 32
2 7 April - 11 April 2008 6 — 10 29 32
3 14 April - 18 April 2008 11 — 15 30 34
4 > 21 April - 25 April 2008 16 — 20 32 35

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Best Selling Secrets
Mac 12 2007 - Ogos 7 2008
Sebelum:
The Master of Tai Chi
- Mac 28
2008
A Journey Called Life
Mac 31 - April 25
Selepas:
The Silver Chamber of Sorrows
April 28 -
D.I.E
- April 18
Catch Me Now
April 21 -