Television Broadcasts Limited
|
|
|||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Tradisional: | 電視廣播有限公司 | ||||||||||
| Tulisan Ringkas: | 电视广播有限公司 | ||||||||||
|
|||||||||||
| Jenis | Awam SEHK: 0511,Templat:OTCBB |
|---|---|
| Ditubuhkan | Broadcast Drive, Kowloon, Hong Kong (1967) |
| Ibu pejabat | 77 Chun Choi Street Tseung Kwan O Industrial Estate; New Territories, Hong Kong |
| Orang utama | Sir Run Run Shaw |
| Industri | Penyiaran televisyen |
| Produk | TVB Jade, TVB Pearl, TVBI, TVB Pay Vision, TVBS, TVBcom Limited, TVB magazine, dll. |
| Hasil | HK$4.18 bilion (2005-2006) |
| Pekerja | 4519 (Disember 2005) |
| Laman web | http://www.tvb.com |
"TVB" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat TVB (nyahkekaburan).
Television Broadcasts Limited (SEHK: 0511,Templat:OTCBB), dikenali ramai sebagai TVB, ialah stesen televisyen komersial ke udara percuma yang terulung di Hong Kong. Sejak memulakan penyiaran pada 19 November 1967,[1] TVB ialah satu daripada dua buah penyiar TV percuma di wilayah bekas jajahan British ini, di samping musuh ketatnya iaitu aTV.[2]
Isi kandungan |
[sunting] Am
TVB merupakan penyiar televisyen percuma (FTA) yang pertama di Hong Kong. Ketika memulakan penyiaran dahulu, TVB sering dipanggil "Televisyen Tanpa Talian" (bahasa Cina: 無綫電視) agar dibezakan dari satu-satunya penyiar televisyen kabel ketika itu, iaitu Rediffusion Television. Meskipun kini terdapat lebih daripada satu TV 'tanpa dawai' (yang satu lagi ialah aTV, pewaris Rediffusion Television), TVB masih dikenali sebagai "Televisyen Tanpa Dawai".
TVB merupakan penerbit rancangan bahasa Cina komersial yang terbesar, dilengkapi kakitangan sebanyak lebih kurang 4,500 orang, termasuk kira-kira 500 artis kontrak serta kakitangan di anak syarikat luar negeri. Pengerusi syarikat masa kini ialah Sir Run Run Shaw.[2]
TVB memiliki dua saluran percuma analog di Hong Kong, iaitu TVB Jade (tertumpu pada bahan berbahasa Kantonis) dan TVB Pearl (tertumpu pada bahan berbahasa Inggeris dan asing). TVB Jade menikmati bahagian pasaran penonton terbesar di Hong Kong. TVB turut melancarkan perkhidmatan televisyen terestrial digitalnya secara beransur-ansur, termasuk saluran definisi tinggi 24 jam iaitu HD Jade dan 2 saluran definisi biasa (J2 dan Interactive Information Channel)[3][4] TVB menerima guna H.264/MPEG-4 AVC sebagai kodek bagi semua saluran baru (Saluran siaran serentak turut dikodkan dalam format MPEG-2).[5] Selain itu, TVB menyediakan 12 saluran TV berbayar melalui syarikat sekutunya, TVB Pay Vision Limited.
TVB turut mencapai masyarakat Cina seberang laut melalui pengedaran bahan-bahan terbitannya ke tempat-tempat seperti Tanah Besar China, Taiwan, Macau, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Malaysia, dan Singapura, melalui pelbagai saluran percuma mahupun berbayar, misalnya Astro Wah Lai Toi di Malaysia.[6] Di Taiwan, TVB beroperasi melalui anak syarikatnya TVBS.
Siri-siri dramanya disambut hangat di peringkat antarabangsa, dan kebanyakan bintang filem dan pop Hong Kong melancarkan kerjaya mereka di TVB. Acara-acara khas TVB seperti Sambutan Ulang Tahun TVB tahunan dipancarkan ke seluruh bumi. TVB juga mengadakan rancangan pencarian bakat seperti peraduan ratu cantik Miss Hong Kong dan Miss Chinese International. Peserta yang berjaya berpeluang ditawarkan kontrak TVB dan mewakili Hong Kong untuk menyertai peraduan ratu cantik peringkat antarabangsa, termasuklah Miss World.
[sunting] Pengurusan
- Sir Run Run Shaw (邵逸夫) – G.B.M. (Pengerusi Eksekutif)
- Mona Fong (方逸華) – (Timbalan Pengerusi dan Pemangku Pengarah Pengurusan)
- Stephen Chan Chi Wan (陳志雲) – (Pengurus Besar)
- Virginia Lok (樂易玲) – (Pegawai Eksekutif Pengurusan Artis)
[sunting] Saluran
[sunting] Lihat juga
- Senarai syarikat Hong Kong
- Senarai syarikat China
- Asia Television Limited - rival broadcaster
[sunting] Rujukan
- ↑ Syarikat ini mendaftar pada 26 Julai 1965 C.R. No:0011781(Television Broadcasts Limited)—The Cyber Search Centre of the Integrated Companies Registry Information System
- ↑ 2.0 2.1 "Corporate Information". Television Broadcasts Limited. 2006. http://www.tvb.com/affairs/faq/tvbgroup/tvb_e.html. Capaian 2007-06-14.
- ↑ "Television Broadcasts Limited Provides Hong Kong's One-and-Only Free 24-Hour High Definition Channel". TVB. 12/12/2007. http://www.tvb.com/affairs/faq/press/20071212_e.html. Capaian 2007-12-12.
- ↑ "Picture imperfect". The Standard. 11/06/2007. http://www.finance.thestandard.com.hk/chi/money_news_view.asp?aid=46477. Capaian 11/06/2007.
- ↑ OFTA, HKSAR Government. "Technical Standard for Digital Terrestrial Television Broadcasting - Statement of the Telecommunications Authority", HKSAR Government, 4/6/07. Dicapai pada 4/6/07.
- ↑ "Corporate Info". TVBI Company Limited. 2007. http://www.tvb.com/tvbi/corpinfo.htm. Capaian 11/06/2007.
Pinyin translated with CozyChinese.COM
[sunting] Pautan luar
- TVB Official Site (Cina)