Abdullah Sunata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdullah Sunata (32) merupakan lelaki suspek pengganas Indonesia. Beliau ditahan di Jawa Tengah kerana didakwa berkomplot menyerang Kedutaan Denmark di Jakarta dan satu perarakan polis. Dia ditangkap bersama dua rakannya dan merampas beberapa senjata , termasuk sebutir bom dalam beg galas di Cungkrungan, Jawa Tengah.Tiga pistol berjaya dirampas. Mereka merancang serangan ala Mumbai termasuk sasaran ampuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono .[1] [2]

Penjara jadi sekolah pengganas[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, Abdullah Sonata ditangkap dan dan dipenjara pada 2009 , selepas menjalani sebahagian hukuman penjara tujuh tahun atas peranannya dalam Pengeboman kedutaan Australia di Jakarta (2004) , yang mengorbankan 10 orang. Rakan karibnya Sogir, turut ditahan dalam serbuan berasingan di Jawa Tengah, juga pernah dipenjarakan kerana serangan kedutaan Australia.

Bekas tentera Yuli Harsono (33) menjadi radikal ketika dipenjarakan kerana menyeludup senjata. Polis Nasional Indonesia Edward Aritonang menyimpulkan bahawa penjara menjadi sekolah melatih pengganas. Kumpulan pengganas cenderung kembali kepada amalan lama mereka selepas menamatkan hukuman penjara.

Sepanjang Mei-Jun 2010, polis menahan 58 suspek militan dan membunuh 13 orang dalam satu siri serbuan sejak Februari 2010 apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah kem yang dikendalikan kumpulan militan tidak dikenali di Aceh. Suspek utama ialah Abdullah Sunata dan Umar Patek.

Pada 2006, Sunata dihukum penjara tujuh tahun kerana memiliki senjata dan memberi perlindungan kepada Noordin Mohammad Top, rakyat Malaysia yang terbabit dalam lima siri pengeboman utama di Indonesia.Umar Patek dipercayai bersembunyi di selatan Filipina sejak pengeboman kelab malam dalam Pengeboman Bali 2002. [3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indonesia serbu kubu pengganas[pautan mati kekal]
  2. ^ "Penjara boleh jadi sekolah pengganas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-29. Dicapai pada 2010-06-26.
  3. ^ Indonesia sedia hadapi ancaman pengganas[pautan mati kekal]