Abigail Adams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abigail Adams
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam jawatan
4 Mac 1797 – 4 Mac 1801
PresidenJohn Adams
Didahului olehMartha Washington
Digantikan olehMartha Jefferson Randolph
Butiran peribadi
Lahir(1744-11-11)11 November 1744
Weymouth, Province of Massachusetts Bay
Meninggal duniaOktober 28, 1818(1818-10-28) (umur 73)
Massachusetts, A.S.
PasanganJohn Adams
Anak-anakNabby
John Quincy Adams
Susanna
Charles
Thomas
Elizabeth (Lahir mati)

Abigail Smith Adams (11 November 1744 - 28 Oktober 1818) merupakan isteri kepada John Adams, Presiden Amerika Syarikat yang kedua. Selepas itu, orang ramai mula untuk memanggil isteri Presiden sebagai Wanita Pertama. Oleh itu, beliau menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat yang kedua. Beliau dilahirkan di Weymouth, Massachusetts. Beliau berasal daripada keluarga yang terkenal di Massachusetts iaitu keluarga Quincy. Adams tidak mendapat pendidikan formal dalam mana-mana sekolah atau kolej. Bapanya mempunyai perpustakaan besar, lantas beliau mempelajari beberapa buku dan menjadi berpengetahuan. Beliau telah berkahwin dengan John Adams dalam tahun 1764. Sepuluh tahun selepas itu, beliau mempunyai lima anak (yang keenam dilahirkan mati), yang termasuk John Quincy Adams, Presiden Amerika Syarikat yang keenam. Pada tahun 1801, pasangan itu telah bersara dan menetap di Quincy. Abigail meninggal dunia pada tahun 1818, pada usia 74 kerana demam kepialu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]