Acreage Reduction Program

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Acreage Reduction Program (ARP, Program Pengurangan Keluasan Ekar) ialah program persaraan tanah tanaman tahunan Amerika Syarikat untuk gandum, bijiran makanan, kapas, atau padi yang telah ditamatkan pada 1996.

Dalam program itu, petani yang menyertai program-program komoditi demi melayakkan diri untuk memperoleh pinjaman bukan rekursa dan bayaran ketidakcukupan diperlukan menyarakan sebahagian ladang untuk tanaman tersebut yang ditetapkan oleh negara pada tahun-tahun lebihan. Keluasan ekar yang disarakan bertujuan untuk pemuliharaan dan dikenali sebagai "simpanan pemuliharaan ekaran". Matlamatnya adalah untuk mengurangkan bekalan tanaman dan justera itu, untuk menaikkan harga pasaran. Tambahan lagi, ladang-ladang yang disarakan tidak dikenakan bayaran ketidakcukupan and oleh itu, mengurangkan kos program komoditi negara.

ARP telah dikritik kerana menjejaskan kedudukan bersaingan Amerika Syarikat dalam pasaran eksport. Rang undang-undang ladang 1996 tidak meneruskan ARP. ARP berbeza daripada program pengetepian kerana pengurangan untuk program pengetepian berdasarkan penamanan tahun semasa dan tidak menetapkan tananam yang tertentu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]