Aglutinasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papan tanda di tengah berbahasa Hungary yang banyak beraglutinasi. (Papan tanda di atas dan bawah masing-masing berbahasa Romania dan Jerman, kedua-duanya bahasa fleksi.)

Dalam bidang linguistik, aglutinasi ialah proses morfologi pembubuhan imbuhan pada dasar kata. Sesejenis bahasa yang beraglutinasi dikenali sebagai bahasa aglutinatif. Bahasa sedemikian sering dibandingkan dengan bahasa fleksi dan bahasa isolatif. Namun begitu, bahasa fleksi dan isolatif juga banyak menggunakan aglutinasi dalam konteks tertentu, seperti penerbitan kata; misalnya dalam bahasa Inggeris, terdapat imbuhan kata jamak -(e)s dan kata terbitan sepertri shame·less·ness (perihal tak tahu malu).

Contoh bahasa aglutinatif[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa aglutinatif

Bahasa Asia[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan bahasa Melayu-Polynesia, seperti Bahasa Melayu/Indonesia dan bahasa-bahasa di Filipina, adalah contoh bahasa aglutinatif yang banyak memanfaatkan imbuhan untuk mengubah erti atau konteks kata-katanya. Ciri ini membolehkan bahasa ini membentuk perkataan baru daripada kata dasar dalam kosa kata sedia ada. Contoh penggunaan aglutinasi berlarutan ialah "ketaksamaan", yang menggabungkan perkataan "tak" dan "sama", kemudian dibubuh apitan "ke…an"; dan juga "secukup-cukupnya", yang menggandakan perkataan "cukup" disertai imbuhan "se…nya".

Bahasa Jepun juga beraglutinasi dengan membubuh maklumat seperti penafian, ragam pasif, kala lampau, kehormatan dan kausatif dalam bentuk kata kerja. Contoh: hatarakaseraretara (働かせられたら), yang menggabungkan konjugasi kausatif, pasif, dan bersyarat untuk mencapai erti "jika (subjek) dipekerjakan...", dan tabetakunakatta (食べたくなかった) yang menggaungkan konjugasi keinginan, penafian, dan kala lampau untuk mengertikan "(subjek) tidak pernah ingin makan".

Semua bahasa Dravidia adalah aglutinatif, termasuk bahasa-bahasa Kannada, Telugu, Malayalam dan Tamil. Dalam bahasa Tamil, aglutinasi digunakan sebanyak-banyaknya untuk baik bentuk tulisan formal (cth. sevvaanam "langit merah") mahupun basahan (cth. sokkathangam "emas asli").

Bahasa Eropah[sunting | sunting sumber]

Contoh bahasa Eropah aglutinatif adalah bahasa Finno-Ugrik, seperti bahasa-bahasa Finland, Estonia dan Hungary yang banyak menggunakan ungkapan yang banyak beraglutinasi dalam perbualan seharian. Maklumat tatabahasa yang diungkapkan oleh adposisi dalam bahasa Indo-Eropah Barat, biasanya ditemui dalam akhiran. Contoh: perkataan talossanikin dalam bahasa Finland bererti "di rumahku juga". Terbitan kata juga agak kompleks. Misalnya, epäjärjestelmällisyys berkata dasar järki "munasabah", iaitu terdiri daripada negatif-"munasabah"-kausatif-frekuentatif-penominal-adesif-"berkenaan"-"sifat", untuk memberikan erti "sifat tak teratur" atau "ketakteraturan."