Agronomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Agronomi merupakan satu cabang sains pertanian yang memperkatakan mengenai kajian tanaman dan tanah yang mana ia bertumbuh. Ahli agronomi bekerja untuk mengembangkan kaedah yang akan memperbaiki kegunaan tanah dan meningkatkan penghasilan makanan dan tanaman serat. Mereka menjalankan kajian penggiliran tanaman, pengairan dan saliran, pembiakan tanaman, pengelasan tanah, penyuburan tanah, pengawalan rumput, dan bahagian lain.

Pemilihan pembiakan baka[sunting | sunting sumber]

Agronomi termasuk pemilihan pembiakan baka pada tumbuhan kepada menghasilkan tanaman terbaik di bawah berbagai-bagai keadaan. Pembiakan baka tumbuhan telah menaikkan hasil tanaman dan telah memperbaik nilai bernutrien pada berbagai-bagai tanaman, termasuk jagung dan gandum. Ia juga telah memberikan jalan ke pengembangan tumbuh-tumbuhan jenis baru. Contohnya, kacukan bijian yang dipanggil tritikal telah dihasilkan oleh pembiakan baka campuran rai dan gandum. Tritikal mengandungi lebih protein berguna daripada sama ada rai atau gandum.

Agronomi dan tanah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sains tanah pertanian

Ahli agronomi mengajikan cara-cara untuk membuat tanah lebih berhasil. Mereka mengelaskan tanah dan mengujinya untuk menentukan sama ada ia mengandungi bahan-bahan penting untuk pembesaran tumbuhan. Bahan-bahan bernutrien tersebut termasuklah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium. Jika sesetengah tanah kurang dalam bahan-bahan ini, baja dapat membekalkannya. Ahli agronomi menyiasat gerakan nutrien-nutrien melalui tanah, dan jumlah nutrien diresap oleh akar tumbuhan. Ahli agronomi juga menguji pengembangan akar dan perhubungannya dengan tanah.

Pemeliharaan tanah[sunting | sunting sumber]

Tambahan lagi, ahli agronomi mencipta kaedah untuk menjaga tanah dan mengurangkan kesan hakisan oleh angin dan air. Contohnya, teknik yang digelar bajakan kontur boleh digunakan untuk mecegahkan hakisan tanah dan menyimpan hujan lebat. Pengkaji-pengkaji agronomi juga mencari jalan untuk menggunakan tanah secara lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah lain. Masalah seperti ini termasuk pembuangan tahi manusia dan haiwan; pencemaran air; dan pembinaan tanah kimia yang digelar racun perosak; yang digunakan untuk membunuh serangga dan perosak-perosak lain.

Permodalan berteori[sunting | sunting sumber]

Lihat Ekologi penghasilan berteori

Pekerjaan ahli agronomi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan ahli agronomi adalah pakar runding, penyelidik atau guru. Banyak kerja untuk stesen eksperimen pertanian, agensi kerajaan persekutuan atau negeri, pertubuhan perindustrian, atau universiti. Ahli agronomi juga berkhidmat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Agensi untuk Pengembangan Anatarabangsa dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Ensiklopedia Buku Dunia 1988
  • Machines on the Farm oleh Hope I. Marston, Thomas Nelson, 1982. Untuk pembaca muda.
  • The Future World of Agriculture oleh Wendy B. Murphy, Watts, 1984.