Akta Penyatuan 1707

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Penyatuan adalah sepasang akta-akta Parlimen yang diluluskan pada tahun 1707 oleh Parlimen Scotland dan Parlimen England bagi menguatkuasakan terma-terma dalam Perjanjian Penyatuan yang telah dipersetujui pada 22 Julai 1706, berikutan rundingan di antara para pesuruhjaya yang mewakili parlimen dari dua negara. Penggabungan akta-akta Kerajaan England dan Kerajaan Scotland (dahulunya negara yang berasingan, dengan perlembagaan berasingan tetapi memiliki raja yang sama) ke dalam United Kingdom Great Britain tunggal.[1]

Dua negara ini berkongsi raja sejak Penyatuan Takhta pada tahun 1603, apabila Raja James VI dari Scotland mewarisi takhta England dari Ratu Elizabeth I. Meskipun dikatakan sebagai satu penyatuan takhta, sehingga 1707 dari segi faktanya dua takhta berasingan dipegang oleh orang yang sama. Terdapat cubaan pada tahun 1606, 1667, dan 1689 untuk menyatukan dua negara dengan Akta Parlimen, tetapi tidak dapat dilakukan sehingga awal kurun ke-18 apabila idea ini disokong oleh kedua-dua negara dari segi politik, walaupun atas alasan yang berbeza.

Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mei 1707. Pada tarikh ini, Parlimen Scotland dan England bersatu bagi membentuk Parlimen Great Britain, beribu pejabat di Istana Westminster di London, rumah bagi Parlimen England.[2] Maka, akta ini dirujuk sebagai Penyatuan Parlimen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Welcome parliament.uk, accessed 7 October 2008
  2. Act of Union 1707, Article 3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]