Akta Pertubuhan 1966

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah hasil percantuman tiga ordinan yang berlainan sebelum ia diluluskan, iaitu Ordinan 1949 untuk Persekutuan Tanah Melayu, Ordinan Pertubuhan 1957 bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pertubuhan 1961 bagi negeri Sabah.

Akibat daripada Akta Pertubuhan 1966 itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah diwujudkan dalam tahun 1966 untuk menguatkuasakan akta tersebut berikutan pemisahan fungsi kawal selia pertubuhan daripada pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja. Jabatan ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia.

Di bawah seksyen 2 akta ini, sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]