Bani Nasr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bani Nasr (Bahasa Arab: بنو نصر‎) ialah wangsa Islam terakhir di Sepanyol. Bani Nasr mencapai kuasa setelah kekalahan dinasti al-Muwahhidun pada tahun 1212 dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa. 20 orang raja memerintah Granada sejak penubuhan dinasti tersebut oleh Muhammad I ibn Nasr dalam tahun 1232 hingga 2 Januari 1492 apabila Sultan Muhammad XII (Boabdil) menyerah kalah kepada raja Ferdinand dan ratu Isabella. Hari ini, tinggalan Bani Nasr yang masih dapat dilihat adalah kompleks istana Alhambra.

Senarai Sultan Bani Nasr di Granada[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad I ibn Nasr (1232-1273)
  • Muhammad II al-Faqih (1273-1302)
  • Muhammad III (1302-1309)
  • Nasr (1309-1314)
  • Ismail I (1314-1325)
  • Muhammad IV (1325-1333)
  • Yusuf I (1333-1354)
  • Muhammad V (1354-1359) (pemerintahan pertama)
  • Ismail II (1359-1360)
  • Muhammad VI (1360-1362)
  • Muhammad V (1362-1391) (pemerintahan kedua)
  • Yusuf II (1391-1392)
  • Muhammad VII (1392-1408)
  • Yusuf III (1408-1417)
  • Muhammad VIII (1417-1419, 1427-1429)
  • Muhammad IX (1419-1427, 1430-1431, 1432-1445, 1448-1453)
  • Yusuf IV (1431-1432)
  • Yusuf V (1445-1446, 1462)
  • Muhammed X (1446-1448)
  • Muhammed XI (1453-1454)
  • Said (1454-1464)
  • Abu al-Hasan Ali, dikenali sebagai Muley Abu al-Hassan (1464-1482, 1483-1485)
  • Abu 'Abd Allah Muhammad XII, dikenali sebagai Boabdil (1482-1483, 1486-1492)
  • Abū `Abd Allāh Muhammad XIII, dikenali sebagai al-Zagal (1485-1486)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]