Alenia Aeronautica
| Jenis | Swasta |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1990 |
| Ibu pejabat | Rome, Itali |
| Industri | Aeroangkasa dan pertahanan |
| Induk | Finmeccanica |
| Divisyen | Alenia Aermacchi Alenia Aeronavali Alenia Composite Alenia SIA Quadrics |
| Laman web | www.alenia-aeronautica.it |
Alenia Aeronautica merupakan sebuah pertubuhan kejuruteraan aeroangkasa di Itali, dan merupakan sebuah anak syarikat bagi firma Finmeccanica. Ia juga merupakan sebuah syarikat kongsi bagi konsortium projek pengeluaran pesawat Eurofighter, Eurofighter GmbH dan juga Panavia Tornado. Syarikat ini membina struktur aero dan komponen-komponen bagi pelbagai pesawat awam termasuk dari keluarga Boeing dan Airbus.
Aktiviti utama Alenia Aeronautica termasuklah rekabentuk dan pengeluaran pesawat komersil dan tentera, rekabentuk dan pengeluaran struktur aero untuk pesawat awam dan tentera dan - melalui Aeronavali, sebuah syarikat milikan penuh - membaik pulih, menyelenggara dan mengubahsuai pesawat tentera dan awam.
Alenia dimiliki sepenuhnya oleh Finmeccanica, diketuai oleh Giorgio Zappa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan pejabat berdaftarnya terletak di Pomigliano d'Arco, Naples.
Alenia Aeronautica juga merupakan sebuah rakan kongsi dan berkerjasama dengan kumpula-kumpulan searoangkasa utama, seperti Boeing, Lockheed Martin, Airbus/EADS, Dassault dan BAE Systems.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjasama
- Eurofighter GmbH dengan EADS dan BAE Systems
- AMX International dengan Embraer
- Dassault Aviation (antara yang lain) untuk nEUROn Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu
- Global Aeronautica, LLC (50%, dengan Vought) — untuk Boeing 787
[sunting] Lihat juga
- Alenia Marconi Systems
- Boeing 787
- Finmeccanica
- Thales Alenia Space, bekas Alenia Spazio dan bekas Alcatel Alenia Space
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
|
|||||||||||||||||