Alice Comedies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

"Alice Comedies" ialah sebuah siri kartun animasi ciptaan Walt Disney pada 1920-an, yang mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak perempuan lakonan sebenar bernama Alice, (lakonan asal Virginia Davis, kemudian diganti oleh Dawn O'Day, Margie Gay, dan Lois Hardwick) bersama seekor kucing animasi bernama Julius (yang amat menyerupai Felix the Cat) dalam suasana animasi.

Alice's Wonderland[sunting | sunting sumber]

Ketika masih mengetuai Laugh-O-Gram Studio di Bandaraya Kansas, Missouri, Disney, Ub Iwerks, dan kakitangan mereka menghasilkan filem Alice Comedy pertama yang berbentuk filem pendek segelung filem (10 minit) dengan judul Alice's Wonderland.

Kisah Alice's Wonderland bermula dengan Alice memasuki studio kartun untuk menyaksikan proses penghasilan kartun. Alice terpesona apabila melihat watak-watak kartun menjadi hidup dan bermain di sana sini. Ketika tidur pada waktu malam, Alice bermimpi dirinya berada dalam dunia kartun dan dialu-alukan oleh semua watak kartun di sana. Alice bersuka ria bersama mereka sehingga sekawan singa terlepas dari kurungan lalu mengejar Alice.

Bermulanya siri Alice Comedies[sunting | sunting sumber]

Setelah menyiapkan filem Alice's Wonderland, Laugh-O-Gram menjadi muflis dan terpaksa ditutup. Setelah meraih pendapatan secukupnya dengan bekerja sebagai jurukamera bebas, Disney membeli tiket kereta api sehala ke Los Angeles, California untuk tinggal bersama adiknya Roy dan bapa saudara mereka, Robert. Di California, Walt Disney masih menghantar cadangan untuk siri Alice, dengan harapan mendapatkan urus janji pengedaran. Akhirnya, beliau berjaya berurusan dengan Winkler Pictures yang dikendali oleh Margaret Winkler dan tunangnya Charles Mintz, setelah menunjukkan Alice's Wonderland kepada mereka. Disney meyakinkan keluarga Davis untuk memindahkan pelakon cilik dari Missouri ke Los Angeles untuk membintangi sirinya.[1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Walaupun kelihatan comel dan kelakar pada zaman itu, namun filem-filem Alice Comedies mengandungi unsur-unsur yang dikira agak mengagetkan dan agak kekerasan pada hari ini. Walaupun masih kecil, namun watak Alice banyak menghabiskan masa mengelakkan bahaya, dan juga pernah diculik oleh penjahat kartun, dan juga diikat pada kayu balak dalam kilang papan.

Senarai filem[sunting | sunting sumber]

Filem-filem berikut dikeluarkan dalam bentuk DVD pada tahun 2000, 2005 atau 2007

  • II = Inkwell Images (Alice in Cartoonland - the Original Alice Comedies)
  • KPF = Kit Parker Films (Alice in Cartoonland - 35 mm Collector's Set)
  • DR = Disney Rarities, OLR = Oswald the Lucky Rabbit,
Tahun Filem DVD
1923 Alice's Wonderland DR
1924 Alice Gets in Dutch DR
Alice the Toredor II
Alice's Wild West Show DR
1925 Alice Gets Stung OLR
Alice's Egg Plant II,KPF,DR
Alice in the Jungle II,KPF,DR
Alice Solves the Puzzle II,KPF
Alice Wins the Derby II
Alice Gets Stage Struck II
Alice Rattled by Rats II,KPF
Alice on the Farm II
Alice's Tin Pony KPF
Alice Chops the Suey KPF
Alice the Jail Bird KPF
1926 Alice's Mysterious Mystery DR
Alice in the Wooly West OLR
Alice's Orphan II,KPF
Alice's Balloon Race KPF,OLR
1927 Alice the Whaler KPF,DR

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Hand Behind the Mouse: The Ub Iwerks Story, Leslie Iwerks, Walt Disney Pictures, 1999

Pautan luar[sunting | sunting sumber]