Amar Singh Ishar Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amar Singh Ishar Singh
Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
Dalam jawatan
14 Mac 2016 – 5 Disember 2018
Butiran peribadi
Lahir (1958-06-06) 6 Jun 1958 (umur 65)
Kinta, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanKuala Lumpur
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPegawai polis

Datuk Seri Amar Singh a/l Ishar Singh (lahir 6 Jun 1958) merupakan seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan telah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dari 14 Mac 2016 hingga 5 Disember 2018.[1] Sikap berperikemanusiaan Amar Singh telah melayakkan beliau menerima jolokan "Singh Is King" di kalangan netizen.[2]

Sebagai tambahan kepada LLB dari Universiti Buckingham, Amar juga memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana dalam Keadilan Jenayah dari Universiti Malaya (UM); dan Diploma Undang-undang dan Amalan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Amar memulakan kerjayanya di ibu pejabat polis daerah Ipoh selepas menamatkan latihan dasar polis Kadet Penolong Superintendan pada tahun 1983. Beliau kemudiannya menerima pangkat dan memegang jawatan yang berbeza dalam pasukan polis.[2] Amar Singh juga merupakan pegawai kanan polis pertama berbangsa Punjabi dilantik menjawat jawatan Komandan Pulapol, Kuala Lumpur dan Pengarah JSJK.[3]

Dibesarkan dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang kepolisan, bapa Amar, Ishar Singh, menyertai Polis Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1939, iaitu setahun selepas datang ke Tanah Melayu dari Punjab. Menurut portal berita bahasa Inggeris, Ishar adalah ahli perintis pasukan skuad polis khas. Datuk Amar, Bachan Singh, merupakan seorang konstabel pada awal tahun 1900-an.[2]

Pada 25 Mei 2018, kontrak beliau sebagai Ketua Polis KL telah disambung.[4] Beliau menamatkan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 5 Disember 2018 selepas tiga dekad berkhidmat bersama PDRM.[3][5]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) (2007)
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) (2008)
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) (2017)
  • Polis Diraja Malaysia
    • Pingat Setia Pasukan Polis (PSPP)
    • Pingat Gagah Pasukan Polis (PGPP)
  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2007)
  •  Kelantan :
    • Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.) – Dato' (2009)
  •  Wilayah Persekutuan :
    • Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) – Datuk (2018)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amar Singh Ishar Singh ketua polis KL". Berita Harian. 14 Mac 2016. Dicapai pada 30 September 2018.
  2. ^ a b c "4 things you probably didn't know about Commissioner Amar Singh". New Straits Times. 26 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
  3. ^ a b Azrul Radi (5 Disember 2018). "Datuk Seri Amar Singh bersara hari ini". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-21. Dicapai pada 21 Disember 2018.
  4. ^ "KPN: Khidmat Amar Singh disambung". Free Malaysia Today. 25 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
  5. ^ Nor Azizah Mokhtar (5 Disember 2018). Amar Singh bersara hari ini Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]