Amr al-Aas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Amr al-As dilahirkan pada 583 M. Berasal dari suku kaum Bani Sahm, ibunya bernama Laila binti Harmalah. Amr juga mempunyai anak yang juga sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn Amru.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memasuki Islam, Amr merupakan seorang peniaga yang selalu mengikuti rombongan perniagaannya di sekitar Syam dan Damsyik.

Beliau masuk Islam bersama-sama Khalid Al-Walid setelah melihat kejayaan tentera Islam memenangi hati seluruh penduduk semenanjung Arab.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan, beliau dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Mesir.

Ketika zaman pemerintahan Ali bin Abi Thalib, beliau menyebelahi Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan untuk bangkit menentang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin keempat itu yang membawa kepada Perang Siffin.

Selepas Muawiyah berjasa menubuhkan Daulah Bani Ummaiyyah, beliau dilantik semula sebagai gabenor di Mesir.

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan salah seorang daripada tulang belakang tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Kelebihannya sebagai seorang ahli politik Arab banyak menyumbang kepada kemenangan tentera Islam ketika melakukan tipu helah, terutamanya ketika berdialog dengan para panglima tentera Rom dan merisik kekuatan dan kelemahan tentera Rom.

Kemuncak kejayaannya apabila Amru dapat menyebarkan Islam di bumi Mesir dan seterusnya beliau dilantik oleh Umar Al-Khattab untuk menjadi gabenor di sana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]