Andy Lee (penyanyi Korea Selatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lee Sun-ho (Hangul이선호; Hanja李先皓; lahir 21 Januari 1981), lebih dikenali dengan nama Andy (Hangul앤디), merupakan seorang rapper dari Korea Selatan dan ahli termuda dalam kumpulan penyanyi lelaki popular Korea Selatan, Shinhwa. Selain menyanyi rap untuk kumpulannya, beliau juga telah menceburi lakonan TV, teater muzikal dan nyanyian solo. Andy juga merupakan penerbit kepada duet Jumper dan kumpulan idol lelaki Teen Top, 100% dan UP10TION.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pra-debut[sunting | sunting sumber]

Andy Lee dibesarkan di kawasan lembah San Fernando di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan telah menjadi pelajar di Sekolah Tinggi John F. Kennedy sebelum berpindah ke Seoul. Beliau kemudian tamat sekolah tinggi di Korea Kent Foreign School di Seoul. Lee merupakan ahli kedua yang menyertai Shinhwa. Pada awalnya, beliau dirancang untuk menjadi ahli kumpulkan H.O.T. (satu lagi kumpulan penyanyi lelaki) bersama kawannya Tony An. Namun, ibu bapa Lee tidak menyokong perancangan tersebut kerana mereka merasakan beliau terlalu muda (pada waktu itu). Walaupun demikian, beliau terus tinggal dengan pengurusan H.O.T. dan diberikan penampilan untuk menyanyikan bahagian rap untuk kumpulan penyanyi perempuan S.E.S. dalam single mereka berjudul I'm Your Girl bersama Eric Mun (Mun kemudiannya menyertai Shinhwa sebagai penyanyi rap utama).

Ketika Andy semakin dewasa, kedua ibua bapanya membenarkan beliau untuk menyertai Shinhwa. Beliau meneruskan kegiatan muzik bersama Shinhwa sehingga album keempat apabila beliau berehat untuk fokus kepada pengajian di Amerika Syarikat (beliau kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya sedang menjaga ibunya yang amat tenat pada waktu itu). Untuk album kelima Shinhwa Perfect Man beliau kembali dan telah bersama kumpulan sejak itu. Nama Inggeris beliau yang sebenar adalah Jason, namun SM Entertainment memujuk beliau untuk menukar nama tersebut sebelum debut.[perlu rujukan]

2003: Artis solo[sunting | sunting sumber]

Pada 2003, apabila ahli-ahli Shinhwa lain memulakan aktiviti solo, Lee mengejutkan semua orang dengan menceburi bidang lakonan dalam pelbagai drama, yang paling memberi impak adalah drama Lovers In Prague. Walaupun mempunyai peranan yang amat kecil dalam drama tersebut, ia meraih ramai penonton kerana peranan yang beliau bawakan amat berbeza dengan diri beliau yang sebenar; watak tersebut amat serius. Beliau mula muncul dalam drama banjun bersama bekas ahli kumpulan Fin.K.L, Lee Jin. Keduanya banyak berlakon bersama dalam pelbagai projek lain selain drama banjun, juga sebagai pasangan kekasih selama 6 bulan, lebih lama berbanding pasangan lain atau pasangan pelakon lain dalam segmen tersebut dimana mereka telah meraih populariti kerana keserasian mereka. Lee juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan muzik Inkigayo terbitan SBS dan Goldfish terbitan MBC, tetapi pada Januari 2007, beliau terpaksa meninggalkan kedua-dua rancangan ini dalam masa 3 hari (Inkigayo SBS pada 28 Januari dan Goldfish MBC pada 31 Januari).

Pada 2007, Lee meninggalkan agensi yang menguruskan kumpulannya untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri, ND (New Dream) Entertainment, khas untuk menguruskan aktiviti solonya. Oleh kerana Shinhwa sudah mula berehat pada waktu itu, Lee kembali berlakon pada September 2007 sebagai peranan utama dalam teater muzikal "Music In My Heart (Musim 3)", satu projek yang tidak pernah diceburi oleh ahli Shinhwa yang lain. Selepas menghabiskan persembahan untuk teater ini, Lee melancarkan single digital pertama beliau berjudul "Irrelevant [or Extraordinary] Imagination" pada 30 November 2007, satu cover dari kumpulan Rollercoaster. Dengan bantuan Park Jin Young (juga dikenali sebagai JYP; CEO JYP Entertainment) dan Yubin dari Wonder Girls, Lee mampu untuk menjayakan single tersebut. Yubin menyanyikan bahagian rap manakala JYP menulis bahgian rap untuk lagu tersebut. Dengan bantuan itu, Lee mampu untuk menarik banyak perhatian terhadap single tersebut. Dengan pelancaran single digital ini, Lee menjadi ahli Shinhwa kelima untuk pergi solo di belakang Lee Min-woo, Shin Hye-sung, Jun Jin dan Kim Dong-wan, meninggalkan Eric Mun satu-satunya ahli Shinhwa yang tidak pernah meneruskan kerjaya nyanyian solo.

Pada Mac 2008, Andy menyertai rancangan realiti We Got Married terbitan MBC dimana beliau menjadi pasangan kepada Solbi yang melakonkan kehidupan pasangan yang baru berkahwin. Solbi dan Andy secara rasminya keluar dari rancangan ini pada 5 Oktober 2008. Beliau telah aktif dalam kerjaya teater seperti memainkan peranan seorang yang berusia 19 tahun dalam teater muzikal Polaroid pada Ogos 2008 dan juga mengadakan konsert secara langsung sepanjang September hingga Oktober. Beliau juga telah menerbitkan kumpulan duet lelaki bernama Jumper dibawah syarikat beliau ND Entertainment. Mereka telah mengeluarkan dua single berjudul YES! menampilkan Eric Mun dan 눈이부셔 (Sparkling Eyes) menampilkan Kang Jiyoung dari kumpulan Kara.

2009-2011: Khidmat tentera[sunting | sunting sumber]

Pada November 2009, Lee memulakan siri jelajah konsert Asia dengan lokasi-lokasi seperti Taipei, Tokyo dan Shanghai dan ia selesai selepas perayaan Krismas dan mengadakan sesi bertemu peminat, Andy Farewell Party-Bye For Now seminggu sebelum disenaraikan. Beliau tersenarai untuk khidmat tentera pada 11 Januari 2010 selama 21 bulan dalam khidmat aktif di Kementerian Pertahanan di Yongsan-gu, Seoul. Beliau dilepaskan secara rasmi pada 31 Oktober 2011.

Pada 2010, TOP Media, agensi kepunyaan Andy, menerbitkan kumpulan penyanyi lelaki pertama mereka bernama Teen Top.

2012: kembalinya Shinhwa dan kumpulan penyanyi lelaki 100%[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, Lee kembali dengan ahli-ahli Shinhwa yang lain selepas empat tahun berehat, dibawah pengurusan 'Shinhwa Company'. Ia adalah satu usahasama supaya mereka boleh bergerak sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Min-woo adalah CEO bersama dan ahli-ahli lain sebagai pemegang saham. Syarikat ini menguruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan manakala aktivitit solo diuruskan oleh agensi masing-masing. Kumpulan ini melancarkan album studio kesepuluh mereka The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan siri konsert 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka, Shinhwa Broadcast yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.

Pada September, dibawah TOP Media, beliau melancarkan kumpulan penyanyi lelaki baru yang dianggotai seramai tujuh orang bernama 100% yang debut dengan single yang menjadi hit berjudul "Bad Guy".[1][2]

2013: Sabitan perjudian dan tempoh berehat[sunting | sunting sumber]

Pada November 2013, Lee telah disabitkan kesalahan perjudian haram dalam perlawanan bolasepak, dengan denda mencecah 5 juta KRW. Shinhwa melakukan permohonan maaf secara terbuka untuk kesalahan Lee pada Disember 2013 dan beliau menarik diri dari semua aktiviti, kumpulan dan solo. Sebagai sebahagian daripada tempoh berehat itu, semua rakaman Shinhwa Broadcast yang telah dibuat, telah diedit keluar. Pada Februari 2014, stesen TV Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) mengumumkan Lee telah diharamkan penampilan beliau di semua rancangan terbitan stesen TV tersebut.

Pada Oktober 2014, Lee telah diumumkan akan kembali bersama ahli kumpulannya dalam satu konsert di Cina yang ditayangkan di Inkigayo terbitan SBS pada Januari 2015. Tidak lama selepas Shinhwa mengumumkan yang mereka akan kembali dengan album penuh pada Februari 2015, MBC mengumumkan telah menarik arahan pengharaman penampilan Lee dari rancangan mereka.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR
(RIAK)
The First New Dream[3]
repackaged: The First Propose[4]
  • Tarikh terbit: 18 Januari 2008 (SDL-0083)[5]
  • Tarikh terbit untuk versi Repackage: 29 April 29 2008 (SDL-0108)[6]
  • Syarikat rakaman: TOP Media, ND Entertainment
  • Jualan: 17,783
2[7]
The First New Dream
  1. New Dream (Intro)
  2. Love Song
  3. Timing (menampilkan Chae Yeon)
  4. U Turn (menampilkan Rock)
  5. 바라고 또 바라고 (Hope For Hope)
  6. 우리, 사랑할까요? (menampilkan Byul) (Shall We Fall In Love?)
  7. 얼굴 빨개졌다네 (Face Turned Red)
  8. 널 생각해 (menampilkan Eric, Amin & J) (Thinking Of You)
  9. Never Give Up (dengan Eric, Kim Dong-wan & Lee Min-woo)
  10. 엉뚱한 상상 (menampilkan Yubin Wonder Girls (Extraordinary Imagination)
  11. 거짓말 (Lies)
  12. Music In My Heart (duet dengan An Yoo-jin)


The First Propose
  1. Propose
  2. Love Song
  3. Timing (menampilkan Chae Yeon)
  4. U Turn (menampilkan Rock)
  5. 바라고 또 바라고 (Hope For Hope)
  6. 우리, 사랑할까요? (menampilkan Byul) (Shall We Fall In Love?)
  7. 얼굴 빨개졌다네 (Face Turned Red)
  8. 널 생각해 (menampilkan Eric, Amin & J) (Thinking Of You)
  9. Never Give Up (dengan Eric, Kim Dong-wan & Lee Min-woo)
  10. 엉뚱한 상상 (menampilkan Yubin Wonder Girls (Extraordinary Imagination)
  11. 거짓말 (Lies)
  12. Music In My Heart (duet dengan An Yoo-jin)
Single Man[8]
  • Tarikh terbit: 29 Oktober 2009 (KTMCD-0048)[9]
  • Tarikh terbit semula: 22 Februari 2013 (WMCD-0178)
  • Syarikat rakaman: TOP Media
  • Bahasa: Korea
N/A[A]
Senarai Lagu
  1. Intro (가제)
  2. Single Man
  3. 너만 (Only You)
  4. It's OK, 힘을내! (It's OK, I Can Do It!)
  5. Your Luv
  6. 사랑에 멈추다 (Stop By Love)
  7. 너뿐이야 (It Could Only Be You)
  8. To My Love (For My Fans...)
  9. 짝사랑 (One-Sided Love)
  10. Single Man (Inst.)

Singles[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Album
"엉뚱한 상상"[10]
(Extraordinary Imagination)
  • Tarikh terbit: 30 November 2007[11]
  • Syarikat rakaman: TOP Media
  • Format: Digital single
  • Bahasa: Korea
The First New Dream
"사랑하면 보내야 하는건데"
(If You Love Her, Then Let Her Go)
  • Tarikh terbit: 6 Ogos 2008[12]
  • Format: Digital Single
  • Bahasa: Korea
dari teater muzikal Polaroid
"사랑 하나 (네게 배운 말...)" (menampilkan Kim Dong-wan)
(One Love (You Taught Me))
  • Tarikh terbit: Januari 2010
  • Syarikat rakaman: TOP Media
  • Format: Single
  • Bahasa: Korea
N/A
"You and Me"
  • Tarikh terbit: 21 Januari 2013[13]
  • Syarikat rakaman: TOP Media
  • Format: Digital single
  • Bahasa: Korea
N/A

DVD[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
JPN
(Oricon)
The First... 6日間の小さな奇蹟
(The First... The 6 Day Miracle)
  • Tarikh terbit: 6 Jun 2008 (MNPS-54)[14]
  • Syarikat rakaman:
  • Format: DVD
  • Bahasa: Korea
186
Senarai Lagu
CD 1
Konsert
  1. New Dream (Intro)
  2. Love Song
  3. Timing
  4. U Turn
  5. 願ってまた願って (Hope For Hope)
  6. 私たち、愛しましょうか? (Shall We Fall In Love?)
  7. 顔が真っ赤になったね (Face Turned Red)
  8. 君を思ってる
  9. Never Give Up
  10. とんでもない想像 (Extraordinary Imagination)
  11. 嘘(ゴジッマル) (Lies)
  12. Music In My Heart
CD 2
Bonus
  1. Sorotan
  2. Belakang tabir konsert
  3. Galeri gambar
CD 3
Bonus
  1. Belakang tabir sesi bertemu peminat Jepun & Cina
The First ... 6일간의 작은 기적
(The First... The 6 Day Miracle)
  • Tarikh terbit: 13 Jun 2008[15]
  • Syarikat rakaman: TOP Media, ND Entertainment
  • Format DVD
  • Bahasa: Korea
-
Senarai Lagu
CD 1
Konsert
  1. Intro - 엉뚱한 상상 (Extraordinary Imagination)
  2. Opening Ment
  3. 얼굴 빨게 졌다네 (Face Turned Red)
  4. U Turn
  5. Timing
  6. VPB I - 뮤지컬 영상 (Klip muzikal)
  7. Music In My Heart
  8. Bridge Ment I
  9. 거짓말 (Lies)
  10. Bridge Ment II
  11. 당신은 사랑받기 위해 태어난 사람
  12. Bualbicara dengan Shinhwa
  13. 내 눈물 모아
  14. Bridge Ment III
  15. 그녀를 만나는 곳 100m전 (Met Her 100m Away)
  16. 잠 못 드는 밤 비는 내리고 (Rain On A Sleepless Night)
  17. VPB II - 신화 영상 (Klip Shinhwa)
  18. First Love
  19. Bridge Ment IV
  20. 우리, 사랑할까요? (Shall We Fall In Love?)
  21. VPB III - 솔로 First 영사 (First Solo Clip)
  22. 바라고 또 바라고 (Hope For Hope)
  23. Ending Ment
  24. 러브송 (Love Song)
  25. 으쌰! 으쌰! (Eusha Eusha)
CD 2
Bonus
  1. Ready To Concert
  2. Diari Konsert: Hari Pertama - Jingga, Hari Kedua - Kuning, Hari Ketiga - Merah Jambu, Hari Keempat - Merah, Hari Kelima - Hijau muda, Hari Keenam - Putih
  3. Color Of Day: Muzik Pertama (10 Tahun Shinhwa & Langkah Pertama Andy), Haha Yellow (Andy sebagai Penghibur), Sweety Pink Day (Music In My Heart), Selamat Hari Lahir (Hari Lahir Andy), Langkah Demi Langkah (Dan Masa Hadapan... Andy sebagai Penghibur), Lee Sun Ho (Rumah Andy)
  4. Semua VPB: Intro Pembukaan, Klip Penghasilan Album, Klip Muzikal, Japan Free Time, Klip Solo Pertama, Never Give Up
  5. Galeri Gambar
The First Propose In Tokyo
  • Tarikh terbit: 7 April 2009[16]
  • Syarikat rakaman: TOP Media, ND Entertainment, SBSi Corp.
  • Format: DVD
  • Bahasa: Korea
-
Senarai Lagu
CD 1
Konsert
  1. Intro
  2. Love Song
  3. 엉뚱한 상상 (Extraordinary Imagination)
  4. Timing
  5. 바라고 또 바라고 (Hope For Hope)
  6. Music In My Heart
  7. U Turn
  8. First Love
  9. 그녀를 만나는 곳 100m 전 (Met Her 100m Away)
  10. 우리, 사랑할까요? (Shall We Fall In Love?)
  11. I Love You
  12. Love Of My Life
  13. 얼굴 빨개졌다네 (Face Turned Red)
  14. 아스피린 (Aspirin)
  15. 잠 못 드는 밤 비는 내리고 (Rain On A Sleepless Night)
  16. Propose
  17. 으쌰! 으쌰! (Versi Encore) (Eusha Eusha)
  18. 엉뚱한 상상 (Versi Encore) (Extraordinary Imagination)
  19. 얼굴 빨개졌다네 (Versi Encore) (Face Turned Red)
  20. 아스피린 (Versi Encore) (Aspirin)
CD 2
Istimewa Konsert
  1. Belakang Tabir Konsert Tokyo
  2. Sorotan Konsert Shanghai
  3. Multi Sudut: Love Song, Propose
CD 3
Ciri Istimewa
  1. Belakang Tabir Muzikal
  2. Cerita Perancis Andy

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Hangul (tulisan Korea) Nota
2002 Emergency Act 19[17] 긴급조치 19호 dengan Shinhwa

Siri Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Hangul (tulisan Korea) Rangkaian Genre Peranan
2003-4 Nonstop 4 논스톱 4 MBC Sitkom
2005 Banjun Drama 반전드라마 SBS Drama
Lovers In Prague[18] 프라하의 연인 Ji Seung-woo
2009 Two Wives[19] 두 아내 Yoon Nam-joon

Rancangan Hiburan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Peranan Nota
2008 We Got Married MBC Ahli tetap Andy dipasangkan dengan Sol-bi

(Musim 1, Episode 1-28)

Andy's French Kiss tvN
2012 Teen Top Rising 100% SBS MTV

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Hangul (tulisan Korea) Rangkaian
2003 Beautiful Sunday 뷰티풀선데이 SBS
2005-7 Inkigayo 인기가요
2006-7 Golden Fishery 황금어장 MBC
2012 E! 'K-STAR' News[20][21][22] SBS

Teater Muzikal[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Butiran
2007 Music In My Heart (Musim 3)
  • Tarikh: 7 September - 2 Disember 2007
2008 폴라로이드 (Polaroid)[23]
Singles
  • Tarikh: 13 November - 31 Disember 2008

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • A ^  Gaon Music Chart mula menyiarkan data pada 2010 selepas Persatuan Industri Muzik Korea berhenti mengumpul data pada 2008.[24] Sumber atas talian untuk carta selepas September 2008 dan sebelum Januari 2010 buat masa ini tidak ditersedia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Hye Ji (19 September 2012). "Teen Top's Agency to Debut New Boy Group". 10 Asia. Dicapai pada 2012-10-02. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  2. ^ Hong, Grace Danbi (14 September 2012). "Shinhwa Andy's Newest Group, 100% Gears Up for Big Debut". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 2012-10-02. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  3. ^ "The First New Dream info" YesAsia. Retrieved 2012-08-25.
  4. ^ "The First Propose info" YesAsia. Retrieved 2012-08-25.
  5. ^ "앤디(Andy) 1집 - The First New Dream". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  6. ^ "앤디(Andy) 1집 - The First Propose[repack.]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  7. ^ "2008. 1월 - 가요음반 판매량". Record Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2008. Dicapai pada 24 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  8. ^ "Single Man info" YesAsia. Retrieved 2012-08-25.
  9. ^ "앤디(Andy) 2집 - Single Man". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  10. ^ "Profile" Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. ANDY Official Homepage. Retrieved 2012-08-25.
  11. ^ "앤디(Andy) - 엉뚱한 상상[디지털]". Hanteo. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "앤디(Andy) - 사랑하면 보내야 하는건데[디지털]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  13. ^ "앤디 - You And Me". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  14. ^ "ANDY the first…6日間の小さな奇蹟". Oricon (dalam bahasa Japanese). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  15. ^ "앤디(Andy) - 첫번째 라이브 콘서트(SRN)". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  16. ^ "앤디(Andy) - 포러포즈 콘서트(SRN)". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2015. Dicapai pada 26 February 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  17. ^ "Emergency Act 19" IMDb. Dicapai 2012-08-31.
  18. ^ "Lovers in Prague" HanCinema. Retrieved 2012-08-31.
  19. ^ "Two Wives" HanCinema. Retrieved 2012-08-31.
  20. ^ "Schedule" Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. ANDY Official Homepage. Retrieved 2012-08-25.
  21. ^ "K-STAR news" SBS E!. Retrieved 2012-08-31.
  22. ^ "Andy is "K-Star News" new emcee" by Syahida Kamarudin Yahoo! Entertainment Malaysia. 7 June 2012. Retrieved 2012-08-31.
  23. ^ "Musicals: Polaroid"[pautan mati kekal] Korea Herald. 5 July 2008. Retrieved 2012-04-10.
  24. ^ Han, Sang-hee (February 23, 2010). "Korea Launches First Official Music Charts Gaon". The Korea Times. The Korea Times. Dicapai pada November 24, 2010.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]