Armen Takhtajan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Armen Takhtajan (1910-2009), juga dikenali sebagai Armen Leonovich Takhtadjan atau Takhtadzhian), ialah seorang ahli botani Soviet-Armenia yang merupakan salah satu tokoh yang paling mustahak dalam evolusi dan taksonomi tumbuhah, serta biogeografi, dalam abad ke-20. Kegemaran-kegemarannya yang lain termasuk morfologi tumbuhan berbunga, paleobotani, dan flora Kaukasia.

Takhtajan bertugas di Institut Botani Komarov, Leningrad, di mana beliau mengembangkan skim pengelasan untuk tumbuhan berbunganya yang menekankan perhubungan filogeni antara tumbuhan-tumbuhan pada tahun 1940. Sistemnya tidak diketahui oleh ahli-ahli botani di dunia Barat sehingga selepas 1950, dan pada lewat 1950-an, beliau memulakan surat-menyurat dan usaha sama dengan Arthur Cronquist, seorang ahli botani Amerika Syarikat yang terkenal untuk skim pengelasan tumbuhannya yang amat dipengaruhi oleh usaha samanya dengan Takhtajan dan ahli-ahli botani yang lain di Komarov.

"Sistem Takhtajan" untuk pengelasan tumbuhan berbunga mengolah tumbuhan-tumbuhan berbunga sebagai satu aras divisi (filum), iaitu Magnoliophyta, yang mempunyai dua kelas, iaitu Magnoliopsida (dikot) dan Liliopsida (monokot). Kedua-dua kelas itu dibahagikan pula kepada subkelas, dan kemudiannya kepada supersusunan, susunan, dan famili. Sistem Takhtajan serupa dengan sistem Cronquist, tetapi lebih rumit pada aras yang lebih tinggi. Takhtajan lebih menyukai susunan dan famili yang lebih kecil untuk membenarkan ciri-ciri dan perhubungan-perhubungan evolusi lebih mudah difahami. Sistem pengelasan Takhtajan masih terpengaruh; umpamanya, sistemnya digunakan oleh Taman Botani Montreal. Selain daripada sistem pengelasan tumbuhan berbunga, Takhtajan juga mengembangkan sebuah sistem kawasan flora.

Takhtajan ialah seorang ahli Akademi Sains Rusia, serta seorang ahli bersekutu asing untuk Akademi Sains Nasional di Amerika Syarikat sejak 1971.

Ketika nama pengarang dimasukkan dalam penyedutan nama botani, singkatan Takht. boleh diletakkan pada nama tajuk karyanya.

Karya pilihan[sunting | sunting sumber]

  • A. Takhtajan, Th.J. Crovello dan A. Cronquist (1986). Kawasan-kawasan Flora di Seluruh Dunia ("Floristic Regions of the World")
  • A. Takhtajan (1991). Arah-arah aliran Evolusi dalam Tumbuhan Berbunga ("Evolutionary Trends in Flowering Plants")
  • A. Takhtajan (1997) Kepelbagaian dan Pengelasan Tumbuhan-tumbuhan Berbunga ("Diversity and Classification of Flowering Plants")