Morfologi (biologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Morphology of a male Caprella mutica

Dalam ilmu biologi, morfologi merupakan cabang biosains yang berkenaan kajian bentuk dan struktur badan organisma dan ciri-ciri binaan tertentunya.[1][2][3][4][5][6][7]

Ini termasuk aspek-aspek rupa luaran (bentuk, struktur, warna, corak)[8] dan juga bentuk dan struktur anggota-anggota dalaman seperti tulang dan organ. Ini berbeza dengan fisiologi yang menekankan fungsi anggota. Morfologi merupakan satu cabang sains kehidupan yang berkenaan dengan kajian struktur kasar sesejenis organisma atau takson dan anggota-anggota komponennya.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Istilah "morfologi" berasal dari bahasa Yunani Purba iaitu μορφή, morphé = 'bentuk' dan λόγος, lógos = kata, kajian, selidik. Konsep morfologi dalam kajian hidupan dikembangkan oleh Johann Wolfgang von Goethe (1790) dan juga secara berasingan oleh Karl Friedrich Burdach (1800).

Cabang morfologi[sunting | sunting sumber]

  • Morfologi perbandingan merupakan analisa corak-corak lokus struktur di dalam pelan tubuh organisma, dan membentuk asas pengkategorian taksonomi.
  • Morfologi fungsi merupakan kajian hubungan antara struktur dan fungsi ciri-ciri morfologi.
  • Morfologi uji kaji merupakan kajian kesan faktor-faktor luaran terhadap morfologi organisma dalam keadaan uji kaji seperti kesan mutasi genetik.

Bidang morfologi dibahagikan kepada dua cabang:

  • "Anatomi" merupakan kajian bentuk dan struktur ciri-ciri dalaman organisma.
  • "Eidonomi" merupakan kajian bentuk dan struktur ciri-ciri luaran organisma.

Morfologi dan pengelasan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan takson berbeza dari segi morfologi dengan takson-takson yang lain. Lazimnya, takson-takson yang bersaudara rapat kurang bezanya berbanding yang lebih jauh bersaudara, tetapi dengan pengecualian. Spesies kripta merupakan spesies yang kelihatan amat serupa, ataupun terang-terangan seiras rupa, tetapi jauh berbeza dari segi pembiakan. Sebaliknya, sesetengah takson yang tidak bersaudara serupa wajahnya kesan daripada evolusi tumpu ataupun kemimikan. Satu lagi kepincangan dalam kebergantungan pada data morfologi adalah dua spesies yang kelihatan jauh berbeza boleh didapati merupakan spesies yang sama oleh analisa DNA. Kepentingan perbezaan ini boleh ditentukan melalui penggunaan kejuruteraan alometrik yang mana satu atau kedua-dua spesies dimanipulasikan untuk memfenosalin spesies yang lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Morphology". http://www.askoxford.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  2. "Morphology". Merriam Webster.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  3. "Morphology". dictionary.cambridge.org. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  4. "Morphology". encarta.msn.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  5. "Morphology". www.medterms.com. Diperoleh pada 2010-06-24. [pautan putus]
  6. "Morphology". dictionary.reference.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  7. "Morphology". http://www.dictionary.net/. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  8. "morphology". Encyclopædia Britannica. Diperoleh pada 2009-04-09.