Asian Institute of Finance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asian Institute of Finance Berhad
Kerangka
KependekanAIF
Sebutan
  • AIF
Jenis/bentuk sahBukan Untuk Keuntungan
Status undang-undangAktif
TujuanPendidikan and Penyelidikan untuk Industri Kewangan Malaysia
KeluaranKajian dan Kes Studi untuk Industri Kewangan Malaysia
PerkhidmatanPenyelidikan dan Pendidikan
BidangPembangunan Modal Insan untuk Industri Kewangan Malaysia
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Tapak webwww.aif.org.my
Sejarah
Ditubuhkan2009 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Lembaga pengarahTan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh (Naib Pengerusi, Lembaga AIF), Tan Sri Azman Hashim, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani bin Nik Hassan Thani, Mr Kung Beng Hong and Mr Ken Pushpanathan
Organisasi indukBank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
GabunganAsian Institute of Chartered Bankers (AICB), Asian Banking School (ABS), Chartered Institute of Islamic Proffessionals (CIIF), Islamic Banking and Finance Institute of Malaysia (IBFIM), Securities Industry Development Corporation (SIDC) and The Malaysian Insurance Institute (MII)
Perangkaan
Kakitangan/pekerja 35
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Lokasi
Koordinat3°7′56″N 101°41′4″E Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanAsia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asian Institute of Finance (AIF) merupakan sebuah organisasi yang bukan berasaskan keutungan di Malaysia. Organisasi ini telah ditubuhkan pada 17 November 2008. Ianya ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia dan pengurusan bakat untuk industri servis kewangan di Asia. Lokasi ibu pejabat AIF adalah di Kuala Lumpur.

Institut ini berusaha untuk menarik minat, membangunkan serta meneruskan usaha bagi individu-individu yang berbakat dalam memastikan pembangunan serta pengekalan tahap kemampanan industri. Peranan ini diusahakan secara bersama dengan industri domestik dan serantau, organisasi multilateral dan para akademik yang bertujuan untuk meningkatkan profil modal insan dan aturcara pengurusan bakat.

AIF juga bekerja secara rapat dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Asian Business School (ABS), Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIIF), Islamic Banking and Finance Institute of Malaysia (IBFIM), Securities Industry Development Corporation (SIDC) dan Malaysian Insurance Institute (MII) dalam usaha untuk menyelaraskan dan meningkatkan kandungan serta penyampaian dari segi kelayakan professional di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

AIF merupakan sebuah institut pengajian bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan secara bersama oleh Bank Negara Malaysia[1] dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 17 November 2008, untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia dan pengurusan bakat bagi industri perkhidmatan kewangan di Asia.[2] Institusi pengajian ini ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah naungan Gabenor yang ke-tujuh, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Aziz.[3]

AIF menjalankan pengajian terperinci dan menyediakan kajian kes yang berhubung-kait dengan isu-isu dalam bidang pengurusan bakat dan pembangunan sumber manusia untuk kegunaan industri perkhidmatan kewangan. AIF juga berkerjasama dengan industri ini untuk meningkatkan dan melaksanakan advokasi untuk piawaian professional dan etika bidang perniagaan. Selain itu, AIF juga berfungsi sebagai sekretariat untuk sebuah pertubuhan sukarela yang diketuai oleh industri kewangan yang dikenali sebagai “Financial Services Professional Board” (FSPB).[4] FSPB berfungsi untuk membangunkan etika bidang perniagaan yang standard untuk industri perkhidmatan kewangan. FSPB telah dilancarkan di Malaysia oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 24 September 2014. AIF juga membangunkan dan memantau initiative pembangunan kapasiti yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia. Inisiatif ini dibina untuk melancarkan kecekapan, keberkesanan dan pembangunan berstruktu untuk industri kewangan ini.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

AIF menghasilkan kajian mengenai bidang pembangunan sumber manusia dan pembangunan bakat untuk industri perkhidmatan kewangan dan juga mengenai isu-isu lain yang berkaitan dengan kewangan seperti isu profesionalisme dan etika, serta impaknya ke atas teknologi baru. AIF juga menerbitkan sebuah majalah publikasi yang bertajuk, Asian Link. Majalah publikasi ini menyediakan pelbagai perspektif dari pakar-pakar industri mengenai isu dan trend terkini terutamanya yang berhubungkait dengan isu pembangunan sumber manusia. AIF juga memimpin beberapa initiatif untuk keseluruhan industri ini yang bertujuan untuk menangani isu-isu bakat yang dihadapi oleh industri Kewangan.[5] Kajian-kajian terbitan AIF juga boleh dicapai melalui laman web “The Asia-Pacific Research Exchange (ARX)” yang merupakan sebuah hab penyelidikan bagi golongan profesional dalam bidang kewangan dan pelaburan untuk mendalami dan berkomunikasi mengenai topik-topik dan trend terkini di rantau Asia Pasifik.[6]

Organisasi ini juga telah menghasilkan beberapa versi kajian mengenai Generasi Y.[7] Kajian ini adalah mengenai isu hutang di kalangan generasi milenium di Malaysia[8][9] dan juga kajian mengenai Gen Y di negara-negara Asia lain seperti Indonesia,[10] Thailand dan Singapura.

AIF juga telah menjalankan kajian mengenai isu saraan dan digitalisasi bagi sektor perkhidmatan kewangan[11] di mana sebuah kajian kes mengenai peningkatan kepercayaan bagi bidang digital untuk urusan perbankan dan insurans[12] telah diterbitkan. Salah sebuah kes kajian di bawah AIF juga telah menunjukkan bahawa "crowdfunding" dijangka berkembang sebagai sebuah sumber kritikal untuk membiayai industri kecil sederhana di Malaysia.[13]

Beberapa isu utama dan cabaran yang dihadapi oleh fungsi pembangunan sumber manusia dan pegawai-pegawai sumber manusia seperti amalan kerja berprestasi tinggi[14] dan kepentingan untuk tranformasi untuk bidang sumber manusia di industri kewangan[15] juga diteliti oleh AIF. Organisasi ini juga kerap bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk menjalan kajian dan hasil kajian ini seringkali diterbitkan di jurnal-jurnal akademik antarabangsa.[16]. AIF juga telah menerbitkan sebuah kajian kes mengenai kepentingan pengurusan sumber Manusia hijau (Green Human Resource Management, GHRM) untuk industri kewangan yang juga telah diterbitkan di dalam temuan untuk Global Business and Management Research Journal.[17]

Inisiatif lain[sunting | sunting sumber]

AIF menyediakan platform untuk pakar pemimpin di bidang perniagaan, pengajian dan sumber manusia untuk mebincangkan dan memperdebatkan isu-isu yang dihadapi oleh kebanyakan perniagaan di Malaysia dan di kawasan serantaunya. AIF pernah menjemput pakar-pakar yang dikenali ramai seperti Tan Sri Andrew Sheng, Profesor Dave Ulrich, Profesor Kishore Mahbubani, Profesor John Kay, Manfred F.R. Kets de Vries dan Brett King. AIF juga selalu diundang untuk menyertai pelbagai persidangan antarabangsa untuk mengemukakan dan untuk berkongsi mengenai kajian-kajian yang dijalankan di AIF.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Establishment of Asian Institute of Finance to Enhance Financial Sector Human Capital Development". www.bnm.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2021-08-15.
  2. ^ "Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC), Talent Development, Asian Institute of Finance". www.mifc.com.
  3. ^ "Zeti: Address shortage of talent issue". www.thestar.com.my.
  4. ^ "Governor's Speech at the Official Launch of Financial Services Professional Board". www.bnm.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2021-08-15.
  5. ^ Financial First. Developing Human Capital and Managing Talent Across the Financial Services Industry in Asia. Universal Media Publishers (M) Sdn Bhd. m/s. 3–7.
  6. ^ "CFA Institute Asia-Pacific Research Exchange". ww.arx.cfa. 2018-03-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-03-19.
  7. ^ "Almost half of Malaysia's workforce is Gen Y, says Asian Institute of Finance". www.cio-asia.com. 2013-07-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2013-07-31.
  8. ^ "Gen Y under financial stress, says Asian Institute of Finance". www.thestar.com.my. 2015-10-15. Dicapai pada 2015-10-15.
  9. ^ "Impulse buying: Gen-Y face online shopping debt trap". www.nst.com.my. 2017-07-09. Dicapai pada 2017-07-09.
  10. ^ "Indonesian Gen Y finance professionals loyal to their employers". www.asiaone.com. 2017-08-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2017-08-08.
  11. ^ "Money is not the main driver of high performance across financial services industry". theborneopost.com. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-20.
  12. ^ "Audio and visual features reflect digital trust, says AIF". themalaysianreserve.com. 2017-08-24. Dicapai pada 2017-08-24.
  13. ^ "Crowdfunding critical source of alternative financing for SMEs". thestar.com.my. 2017-11-01. Dicapai pada 2017-11-01.
  14. ^ "Study reveals what makes a 'highly satisfied' employee". thesundaily.my. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-20.
  15. ^ "HR Needs To Adapt To New Industry Practices". themalaysianreserve.com. 2017-04-03. Dicapai pada 2017-04-03.
  16. ^ Koon Foo Yu; Nurazrin Binti Jupri (2015). "Factors that Lead to Financial Distress of Generation Y in Malaysia" (PDF). International Journal of Accounting & Business Management. 3 (2): 109–120. doi:10.24924/ijabm/2015.11/v3.iss2/109.120. ISSN 2289-4519.
  17. ^ Say Keat Ooi; Azlan Amran; Simin Goh; Mehran Nejati (2017). "Perceived Importance and Readiness of Green HRM in Malaysian Financial Services Industry". Global Business and Management Research: An International Journal. 9 (4): 457–474. ISSN 1947-5667. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-10. Dicapai pada 2018-06-01.