Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Suruhanjaya Sekuriti

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (secara ringkasnya, SC) adalah badan yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993, SC merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Untuk mempromosikan dan mengekalkan sekuriti dan pasaran hadapan yang adil, cekap, selamat dan telus bagi menyediakan pasaran kewangan yang berinovatif dan berdaya saing.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Ahli Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Terdapat sembilan Ahli Suruhanjaya Sekuriti yang dilantik oleh Menteri Kewangan:

  • Dato' Zarinah Anwar(Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti)
  • Datu Dr. Michael Dosim Lunjew(Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
  • Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail(Penasihat Kewangan kepada Kementerian Kewangan)
  • Encik Muhammad bin Ibrahim(Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia)
  • Dato' Mohd Bakke bin Salleh(Pengarah Urusan Kumpulan, FELDA Holdings Bhd)
  • Dato' Gumuri bin Hussain(Pengerusi, SME Bank (Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Bhd))
  • Encik Fazlur Rahman Ebrahim(Pengarah Urusan, Prokhas Sdn Bhd)
  • Encik Francis Tan Leh Kiah(Pengarah Urusan, Azman, Davidson & Co., Advocates & Solicitors)

Pengurusan Kanan[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi:Dato' Zarinah Anwar
  • Pengarah Eksekutif Kanan, Strategi & Pembangunan dan Pemangku Ketua, Penguatkuasaan:Dr. Nik Ramlah Mahmood
  • Pengarah Eksekutif Kanan, Pengawasan Pasaran:Datuk Ranjit Ajit Singh
  • Pengarah Eksekutif, Terbitan Sekuriti & Pelaburan:Datuk Kris Azman Abdullah
  • Pengarah Eksekutif, Sumber Korporat: Datin Teh Ija Mohd Jalil
  • Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengerusi:Goh Ching Yin

Pengerusi-pengerusi yang lalu[sunting | sunting sumber]

  • Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid
  • Datuk Ali Abdul Kadir (1 Mac 1999-29 Februari 2004)
  • Tan Sri Md Nor Md Yusof (1 April 2004-31 Mac 2006)
  • Dato' Zarinah Anwar(1 April 2006-kini)

Dasar Keselamatan dan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • SC komited dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi semua yang terlibat atau yang menerima kesan daripada operasinya sejajar dengan keperluan undang-undang, standard yang relevan dan kod amalan.
  • Pelaksanaan dan keberkesanan dasar ini merupakan tanggungjawab pihak pengurusan SC melalui sumber-sumbernya, latihan dan masa yang diperuntukkan serta penyertaan dan penglibatan semua kakitangannya.
  • SC menggalakkan budaya kerja yang selamat dan sihat, yang mana pihak pengurusan dan semua kakitangan berkongsi tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik untuk semua.
  • Sebuah sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan serta programnya akan dilaksanakan dan dikaji semula secara kerap bagi memastikan penambahbaikan yang berterusan.

Alamat perhubungan[sunting | sunting sumber]

Pertanyaan Umum dan Perkara-perkara yang berkaitan Korporat

  • Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa
  • Suruhanjaya Sekuriti
  • 3, Persiaran Bukit Kiara
  • Bukit Kiara
  • 50490 Kuala Lumpur
  • Tel: 603-6204 8777
  • Faks: 603-6201 5078
  • E-mel: cau@seccom.com.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]