Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
bendera UNESCO
Status Ancaman Bahasa
Pupus (EX)
Terancam
Selamat

Kategori lain

Topik berkaitan

Kategori UNESCO dalam buku Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam
Pengelasan kategori UNESCO berdasarkan Atlas
Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam

Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam UNESCO merupakan satu bahan penerbitan atas talian yang mengandungi senarai lengkap bahasa-bahasa terancam di dunia. Ia pada asalnya menggantikan Buku Merah Bahasa-bahasa Terancam yang digunakan sebagai tajuk untuk cetakan selepas tempoh pertindihan yang singkat sebelum dipindahkan ke penerbitan atas talian sahaja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, mesyuarat Kongres Antarabangsa Ahli Linguistik (CIPL) di Kanada membincangkan topik berkaitan bahasa terancam, alhasil terbentuk Jawatankuasa Bahasa Terancam. Satu mesyuarat antarabangsa telah diadakan oleh jawatankuasa ini pada tahun 1992 di Paris untuk membawa topik itu pada peringkat dunia supaya dapat memulakan tindakan. Mesyuarat itu dianggap cukup penting untuk berada di bawah kuasa UNESCO.

Atas desakan dari Stephen Wurm jawatankuasa itu memutuskan untuk mewujudkan satu pusat penyelidikan yang dinamai sebagai Rumah Pengemasan Antarabangsa untuk Bahasa-bahasa Terancam (ICHEL), serta merancang untuk menerbitkan Buku Merah Bahasa Terancam UNESCO berdasarkan data yang dikumpulnya, dan tajuk itu diperoleh berdasarkan nama Buku Merah Spesies Terancam. Shigeru Tsuchida adalah antara yang terawal memulakan pusat penyelidikan tersebut. Penyelidikan ini bermula pada tahun 1994 di Universiti Tokyo dengan Tasaka Tsunoda sebagai pengarahnya.

Sementara itu, laporan awal mengenai bahasa terancam telah pun dikumpul dan diserahkan kepada UNESCO oleh pakar-pakar serantau pada tahun 1993. [1] Tugasan ini telah diserahkan kepada ICHEL, yang mencipta tapak web untuk membolehkan kemas kini kerap supaya maklumat dapat disediakan dengan segera.

Pada Februari 2009, UNESCO melancarkan edisi atas talian[2] Atlas Bahasa-bahasa Terancam yang merangkumi bahasa-bahasa dari seluruh dunia, mengandungi lebih banyak maklumat daripada edisi bercetak sebelumnya dan menawarkan kemungkinan kepada pengguna untuk memberikan maklum balas atas talian, memandangkan pengemaskiniannya yang berterusan. [3]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Klasifikasi bahaya bahasa UNESCO

Senarai UNESCO mempunyai 6 kategori ancaman bahasa: [4]

  • Pupus : Tiada sebarang penutur bahasa yang wujud. Atlas ini menganggap bahasa sudah pupus jika tiada pengguna bahasa yang diketahui sejak tahun 1950-an.
  • Genting terancam: Penutur termuda ialah generasi datuk dan nenek dan lebih tua, dan mereka kadangkala atau sangat jarang bertutur bahasa itu.
  • Teruk terancam: Bahasa ini dituturkan oleh generasi datuk dan nenek dan generasi yang lebih tua. Walaupun generasi ibu bapa mungkin memahaminya, mereka tidak menggunakan bahasa itu sesama anak mereka atau sesama mereka sendiri.
  • Jelas terancam: Kanak-kanak tidak lagi mempelajari bahasa itu sebagai bahasa ibunda di rumah.
  • Terjejas: Kebanyakan kanak-kanak menutur bahasa itu, tetapi ia mungkin terhad kepada domain tertentu (contohnya di rumah)
  • Selamat/ Tidak Terancam: Dituturkan oleh semua generasi dan penyampaian merentas generasi tidak terganggu. Bahasa-bahasa ini tidak termasuk dalam Atlas kerana ia tidak terancam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brenzinger, Matthias (2007). Language diversity endangered. Berlin, New York: Mouton de Gruyter. m/s. 206–207. ISBN 978-3110170498. ISBN 978-3-11-017049-8.
  2. ^ "Atlas of the World's Languages in Danger". new edition of the Atlas of endangered languages. UNESCO. 2012. Dicapai pada 15 March 2021.
  3. ^ "UNESCO Atlas of the World's Languages in Danger". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-01. Dicapai pada 2023-04-06.
  4. ^ Evans, Lisa (2011-04-15). "Endangered languages: the full list". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]