Azizi Matt Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azizi Matt Rose
Maklumat peribadi
Nama penuh Azizi Matt Rose
Tarikh lahir (1981-11-06) 6 November 1981 (umur 42)
Tempat lahir Kangar, Perlis, Malaysia
Ketinggian 1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 2
Kerjaya remaja
2007–2008 Skuad Piala Presiden Perlis FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Perlis 12 (0)
2006–2007 PDRM 14 (0)
2007–2008 Perlis 23 (0)
2008–2009 KM Naza 31 (4)
2010 Kelantan 18 (2)
2011 PBDKT T-Team FC 19 (3)
2012-2013 Kelantan 3 (0)
2014- Johor Darul Takzim FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2006– Malaysia 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada December 10, 2011
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga December 10, 2011

Azizi Matt Rose (lahir pada 6 November 1981 di Kangar, Perlis) ialah pemain bola sepak di Malaysia, dan bermain di bahagian pertahanan untuk pasukan Johor Darul Takzim FC.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya dalam bola sepak dengan bermain untuk pasukan Piala Presiden Perlis, selepas bakat beliau berjaya dihidu oleh pengurusan pasukan.

Bersama Perlis[sunting | sunting sumber]

Beliau berjaya diserap ke skuad senior negeri kelahirannya. Pada waktu itu merupakan zaman kegemilang Perlis yang menjadi gergasi bola sepak Malaysia pada 2002-2006. Tugas beliau sebagai pertahanan membuatkan beliau berpeluang menganggotai skuad untuk kejohanan Piala Asia 2007. Bersama Perlis, beliau berjaya mendakap Liga Super dan Piala Malaysia untuk dua tahun( 2004 dan 2006).

Berhijrah ke PDRM[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai skuad PDRM pada musim 2007. Bersama PDRM, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Perdana, dan bermain dalam Liga Super untuk tahun hadapan. Namun, tidak lama kemudian beliau keluar dari pasukan pada tahun berikutnya.

Kembali ke pangkuan, Menyertai Kuala Muda[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai semula pasukan Perlis pada 2008. Namun, beliau keluar dan menyertai pasukan baru dari Kedah, iaitu Kuala Muda Naza. Bersama pasukan baru, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Perdana dan membawa pasukan mara ke separuh akhir Piala FA.

Gemilang bersama Kelantan[sunting | sunting sumber]

Catatan sejarah beliau sangat membanggakan bersama Kelantan. Beliau sering menjadi nadi utama pasukan dalam setiap perlawanan. Bersama Kelantan, beliau membawa pasukan memenangi Piala Malaysia untuk pertama kalinya.

Ke T-Team[sunting | sunting sumber]

Beliau bersama Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad membuat kejutan pada akhir tahun 2010, selepas Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia pertama mereka. Mereka bertiga menyertai kelab dari Terengganu, iaitu T-Team. Bersama T-Team, beliau menjadi tunjang pasukan dengan mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan mencipta clean record menentang Selangor sepanjang musim 2011.

Kembali ke Kelantan[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali menyarung jersi Kelantan selepas mengharungi semusim bersama T-Team.

Johor Darul Takzim[sunting | sunting sumber]

Bagi musim 2014 kali ini beliau akan menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim dan diberi jersi bernombor 2.

Merebut bola bersama Jean Effa Owona ketika aksi Piala Sumbangsih 2012

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]