Kelantan FA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelantan FA
Kelantan FA.jpg
Nama penuh Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA)
Gelaran Kijang Emas (Deers)
Red Warriors (Pahlawan Merah)
Ditubuhkan 1889
Lokasi Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, Kelantan
(Kapasiti 30,000)
Pengerusi Malaysia Tan Sri Annuar Musa
Pengurus Croatia Bojan Hodak
Jurulatih Croatia Bojan Hodak
Liga Liga Super Malaysia
2012 Juara
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Kit tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Kit tempat lawan
Soccerball current event.svg Musim semasa

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association - KAFA) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.

Isi kandungan

Sejarah Pasukan[sunting]

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia.

Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tan Sri Annuar Musa (Presiden KAFA)

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[1]

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar. [2]

Era Kebangkitan[sunting]

Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 5 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010 dan terbaru 2012.

Era Ketua Jurulatih Peter James Butler[sunting]

Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.

Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan[sunting]

Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas mengejut kepada pasukan Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.[3][4]

Era Datuk M. Karathu[sunting]

Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[5]. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[6]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC[sunting]

Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[7] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[8] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[9]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[10], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[11]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

Bojan Hodak (Ketua Jurulatih)

Era Bojan Hodak[sunting]

Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.[12]

Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.[13]

Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 [14] di Stadium Shah Alam.

Stadium[sunting]

Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia[sunting]

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.

Stadium Sultan Mohd IV

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah[sunting]

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walaubagaimana pun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Papan Markah Elektronik[sunting]

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[15]

Stadium Baru[sunting]

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)[sunting]

Pahlawan Merah (The Red Warriors)

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

Tragedi 9 April 2009[sunting]

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Mohd Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)[sunting]

Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Musuh Tradisi dan Utama[sunting]

Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.

Manakala Pasukan Bolasepak Selangor Darul Ehsan (FAS) merupakan Musuh Utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini.

Liga Kelantan (Piala Presiden KAFA)[sunting]

Pasukan Tempat
New City FC Kota Bharu
Bachok FC Bachok
Tumpat FC Tumpat
Whitesand FC Pasir Puteh
Goldensand FC Pasir Mas
Red Land FC Tanah Merah
Machangster FC Machang
Krai FC Kuala Krai
Jeli FC Jeli
Wolves FC Gua Musang

Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)[sunting]

Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.

Liga Bola Sepak Remaja[sunting]

Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak di Negeri ini.

Pencapaian[sunting]

Domestik[sunting]

Pertandingan Juara Naib Juara
Piala Malaysia 2010, 2012 (2x) 1955, 1970, 2009 (3x)
Piala FA 2012 2009, 2011
Piala Sumbangsih 2011 2012, 2013 (2x)
Liga Malaysia / Liga Bahagian 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super
* Liga Tahap Satu
2011, 2012 (2x) 2010
Liga Bahagian 2 / Liga Perdana 2 / Liga Perdana
* Liga Tahap Dua
2000
Piala FAM
* Liga Tahap Tiga
1953, 1954, 2005 (3x) 1963, 1971, 1972 (3x)

Antarabangsa[sunting]

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
2013 Piala AFC 0-2 Hong Kong Kitchee Pusingan Ke-2
2012 Piala AFC 1-5 & 1-1
(Kalah Agregat 2-6)
Iraq Arbil SC Suku Akhir
2011 Unity Cup 1-1 & 2-3
(Kalah Agregat 3-4)
Indonesia Persebaya Surabaya Perlawanan Persahabatan

Rekod kejayaan[sunting]

Untuk musim 2013, sila lihat rencana Kelantan FA / 2013
Tahun Liga Piala FA Piala Malaysia Lain-Lain
2013 Piala Sumbangsih (Naib Juara)
2012 Liga Super (Juara) Juara Juara Piala Sumbangsih (Naib Juara)
2011 Liga Super (Juara) Naib Juara Suku Akhir Piala Sumbangsih (Juara)
2010 Liga Super (Naib Juara) Pusingan 2 Juara
2009 Liga Super (6) Naib Juara Naib Juara
2008 Liga Perdana (3)
* dinaikkan ke Liga Super
Pusingan 1
2007 Liga Perdana (8) Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2006 Liga Perdana (6) Pusingan 2 Tidak Layak
2005 Piala FAM (Juara)
* dinaikkan ke Liga Perdana
Suku Akhir Tidak Layak
2004 Liga Perdana (9)
* disingkirkan ke Piala FAM
Pusingan 1 Tidak Layak
Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
1953 Piala FAM 1-1 Selangor FA Juara Bersama
1954 Piala FAM 2-1 Combined Services Juara
1955 Piala Malaysia 1-3 Singapura Naib Juara
1963 Piala FAM 0-7 Singapura Naib Juara
1970 Piala Malaysia 0-1 Perak Naib Juara
1971 Piala FAM 2-5 Penjara (PDRM) Naib Juara
1972 Piala FAM 1-2 Selangor FA Naib Juara
1985 Piala Presiden Sarawak FA Juara
1988 Piala Presiden 0-2 Selangor FA Naib Juara
1995 Piala Presiden 1-1 & 1-0
(Menang agregat 2-1)
Kuala Lumpur FA Juara
2000 Liga Perdana 2 - - Juara (Format Liga)
2003 Piala Presiden 0-2 Kedah FA Naib Juara
2005 Piala FAM 2-0 Shahzan Muda FC Juara
Piala Agong 2-2 (Kalah Penalti 5-6) Pahang FA Naib Juara
Piala Emas Raja-Raja 0-1 Kedah FA Naib Juara
Piala Presiden 1-0 Pasir Gudang United Juara
2006 Piala Emas Raja-Raja 5-1 ATM Juara
2007 Piala Presiden 3-3 (Kalah penalti 4-5) Perak FA Naib Juara
2009 Piala Emas Raja-Raja 4-0 Pulau Pinang FA Juara
Piala FA 1-1 (Kalah penalti 4-1) Selangor FA Naib Juara
Piala Malaysia 1-3 Negeri Sembilan FA Naib Juara
2010 Piala Emas Raja-Raja 0-0 (Menang Penalti 4-3) Kedah FA Juara
Liga Super Malaysia 50 Mata - Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia 2-1 Negeri Sembilan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih 2-0 Selangor FA Juara
Piala Presiden 2-1 MP Muar Juara
Piala FA 1-2 Terengganu FA Naib Juara
Liga Super Malaysia 56 Mata - Juara (Format Liga)
Piala Agong 3-2 Perlis FA Juara
2012 Piala Sumbangsih 1-2 Negeri Sembilan FA Naib Juara
Piala FA 1-0 Sime Darby FC Juara
Liga Super Malaysia 60 Mata - Juara (Format Liga)
Piala Malaysia 3-2 ATM FA Juara
2013 Piala Sumbangsih 1-1 (Kalah penalti 3-4) ATM FA Naib Juara

Anugerah[sunting]

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan[sunting]

Musim Pemain Kategori
2012 Kelantan Kelantan FA Persatuan Terbaik[16]
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2012 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh[17]
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2011 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Pemain Muda Terbaik
2010 Negeri Sembilan B. Sathianathan Jurulatih Terbaik
2009 Negeri Perak Indra Putra Mahayuddin Pemain Paling Bernilai
2009 Negeri Perak Indra Putra Mahayuddin Penyerang Terbaik

Kasut Emas[sunting]

Musim Pemain Gol Pertandingan
2007-08 Senegal Mouhamadou Moustapha 27 Liga Perdana
2000 Malaysia Anuar Abu Bakar 12 Liga Perdana 2
1994 Malaysia Mohd Hashim Mustapha 25 Liga Perdana
1993 Malaysia Mohd Hashim Mustapha 13 Liga Perdana
1992 Poland Dariusz Dudala 9 Liga Bahagian 2
1990 Malaysia Mohd Hashim Mustapha
Thailand Boonphop Praphut
13 Liga Bahagian 2

Anugerah Lain[sunting]

Tahun Pemain Anugerah Catatan
2012 Kelantan Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden) Jaksa Pendamai (JP) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Negeri Perak Indra Putra Mahayuddin Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Pulau Pinang S. Chanturu Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Lubnan Mohammed Ghaddar Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Muhammad Ramzul Zahini Adenan Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Farisham Ismail Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Terengganu Mohd Nor Farhan Muhammad Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Nurul Azwan Roya Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Shakir Shaari Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 [18]
2011 Kelantan Azman Ibrahim (Pengurus pasukan) Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Negeri Sembilan B. Sathianathan (Bekas Jurulatih 2010) Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Daudsu Jamaluddin Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42

Penaja[sunting]

Liga

Tahun Penaja
2011–2014 Astro
2004–2010 TM
1984–2003 Dunhill

Kit Peralatan / Pakaian

Tahun Penaja
2013 Warriors
2010-2012 Umbro, Warriors
2009 Sportzone
2002-2008 Nike
1995-2001 Adidas

Pasukan

Tahun Penaja
2013 Adabi
2013 Hotlink
2013 AzizanOsman.com
2010-2013 Sinar Harian
2013 trésenergy
2013 Syarikat Muda Osman
2012-2013 Mamee
2013 Desa Murni Batik
2013 Pure're Spritz
2013 Redbull Energy Drink
2013 Keropok Sira Cap Menara
2012 RW Energy Isotonik
2012 Snickers
2012 Masterskill
2011-2012 Al Jabbar Group
2010-2012 Syarikat Yusmira Trading
2009-2012 Syarikat Al Hamra
2009-2012 Syarikat Penerbangan AirAsia

Pegawai pasukan[sunting]

Presiden Malaysia Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Presiden Malaysia Dato' Afandi Hamzah
Naib Presiden Malaysia Datuk Rosmadi Ismail
Malaysia Dato' Hj Ismail Md Noor
Malaysia Allahyarham Dato' Othman Zakaria
Setiausaha Agung Malaysia Azman Ibrahim
Bendahari Malaysia Nik Aminaldin Dato' Nik Ja'afar
Penolong Setiausaha I Malaysia Arif Hassan
Penolong Setiausaha II Malaysia Wan Badri Wan Omar

Pengurus Kelantan Haji Azman Ibrahim
Penolong pengurus Malaysia Wan Badri Wan Omar
Ketua jurulatih Croatia Bojan Hodak
Penolong jurulatih 1 Malaysia Zahasmi Ismail
Penolong jurulatih 2 Malaysia Kamaruddin Mohamad
Jurulatih penjaga gol Malaysia Ismail Abu Bakar @ Ismail Chawalit
Jurulatih kecergasan Croatia Miro Petric
Fisioterapis Malaysia Ahmad Faris Musa
Malaysia Zainudin Zakaria
Pegawai Media Malaysia Zuki Deraman
Pegawai Keselamatan Malaysia Dato' Mohd Farek @ Fared bin Abdul Ghani
Masseur Malaysia Mohamad Naim Mohamad Sukri
Kitman / Peralatan Malaysia Harun Ismail

Pengurus Piala Presiden Malaysia Mohamad Yusri Ismail[19]
Jurulatih Piala Presiden Malaysia Mohd Sideek Samsudin
Penolong jurulatih Piala Presiden Malaysia Mohd Nafuzi Mahamad Zain
Jurulatih penjaga gol Piala Presiden Malaysia Mohd Halim Napi


Presiden

Tahun Presiden
2007-kini Kelantan Tan Sri Annuar Musa
2004-2007 Kelantan Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
1991-2004 Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud
1986-1990 Kelantan Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher
19xx-19xx Kelantan Datuk Nik Mahmud Nik Daud
19xx-19xx Kelantan Datuk Haji Hussien Ahmad

Pengurus

Tahun Pengurus
2013- Kelantan Haji Azman Ibrahim
2013- Croatia Bojan Hodak
2009-2012 Kelantan Haji Azman Ibrahim[20]
2009 England Peter James Butler
2006-2008 Kelantan Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2005 Kelantan Haji Azman Ibrahim
1998-2002 Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud

Ketua Jurulatih

Tahun Ketua Jurulatih
Mac 2012-kini Croatia Bojan Hodak
Nov 2011-Feb 2012 England Peter James Butler
2011 Negeri Perak M. Karathu
2009-2010 Negeri Sembilan B. Sathianathan
2009 England Peter James Butler
2008 Perancis Regis Laguesse
2008 Perlis Norizan Bakar
2007 Kelantan Anizan Daud
2007 Terengganu Haji Kamaruddin Mohamad
2005-2006 Kelantan Abdul Rahim Ahmad
2003-2004 Terengganu Abdullah Mohamad
2001-2002 Selangor K. Rajagopal
2000 Kelantan Abdul Rahim Ahmad
1999 Kedah Mosthakeen Omar
1998 Malaysia Kamaruddin Md Noor
1996-1997 Sabah Kelly Tham
1994-1995 Czechoslovakia Milous Kvacek
1993 Negeri Perak M. Karathu
1992 Jerman Horst Heese
1991 Croatia Milan Duricic
1990 Malaysia Mohamad Che Su
1989 Singapura Majid Ariff

Senarai pemain[sunting]

Soccer.Field Transparant.png

Terengganu [22]
Guinea [20]
Kelantan [12]
Negeri Perak [23]
Kelantan [16]
Kelantan [8]
Kelantan [15]
Kelantan [5]
Nigeria [4]
Perlis [2]
Kelantan [19]
Skuad utama Kelantan FA dengan formasi 4–4–2

Skuad semasa (2013)[sunting]

No. Posisi Pemain
1 Kelantan GK Mohd Shahrizan Ismail
2 Perlis DF Azizi Matt Rose
3 Kelantan DF Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin (Jersi 25 AFC)
4 Nigeria DF Obinna Nwaneri
5 Kelantan DF Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim
6 Kelantan DF Mohd Farisham Ismail
7 Terengganu MF Zairo Anuar Zalani
8 Kelantan MF Mohd Shakir Shaari
9 Kelantan FW Ahmad Fakri Saarani (tidak didaftarkan utk AFC)
10 Terengganu MF Mohd Nor Farhan Muhammad
11 Kelantan DF Mohammad Abdul Aziz Ismail (Jersi 3 AFC)
12 Kelantan MF Mohd Izuan Solahudin
13 Kedah MF Mohd Faiz Subri
14 Kelantan DF Mohamad Zamri Ramli
15 Kelantan DF Mohd Daudsu Jamaluddin
No. Posisi Pemain
16 Kelantan MF Mohd Badhri Mohd Radzi (Kapten) [21]
17 Kelantan DF Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
18 Kelantan MF Mohamad Khairul Izuan Rosli
19 Kelantan GK Khairul Fahmi Che Mat
20 Nigeria FW Dickson Nwakaeme (Jersi 9 AFC)
21 Kelantan GK Norhadi Ubaidillah
22 Terengganu FW Mohd Haris Safwan Mohd Kamal
23 Negeri Perak MF Indra Putra Mahayuddin (Naib Kapten)
24 Kelantan DF Zairul Fitree Ishak
25 Negeri Perak MF K. Nanthakumar (Jersi 26 AFC)
Australia MF Dimitrios Pertratos (Jersi 11 AFC)
Kelantan FW Mohamad Aris Zaidi (Jersi 20 AFC)
Croatia DF Lek Kcira (Jersi 83 AFC)
Kuala Lumpur DF S. Subramaniam (Jersi 28 AFC)

Perpindahan (2013)[sunting]

Masuk[sunting]

No. Posisi Pemain
7 Terengganu MF Zairo Anuar Zalani (dari Malaysia T-Team FC)
9 Kelantan FW Mohamad Aris Zaidi (dari Malaysia Piala Presiden Kelantan)
11 Australia MF Dimitrios Pertratos (dipinjamkan dari Australia Sydney FC)[22]
12 Kelantan MF Mohd Izuan Solahudin (dari Malaysia Harimau Muda A)
13 Kedah MF Mohd Faiz Subri (dari Malaysia T-Team FC)
18 Kelantan MF Mohamad Khairul Izuan Rosli (dari Malaysia Piala Presiden Kelantan)
No. Posisi Pemain
21 Kelantan GK Norhadi Ubaidillah (dari Malaysia UiTM FC)
22 Terengganu FW Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (dari Malaysia Johor FC)
25 Kelantan DF Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin (dari Malaysia Piala Presiden Kelantan)
26 Negeri Perak MF K. Nanthakumar (dari Malaysia Perak FA)
27 Croatia DF Lek Kcira (dari Iran Shahin Bushehr FC)[23]

Keluar[sunting]

No. Posisi Pemain
7 Kelantan FW Muhammad Ramzul Zahini Adenan (ke Malaysia Selangor FA)
9 Terengganu FW Norshahrul Idlan Talaha (ke Malaysia Darul Takzim FC) [24][25]
12 Kelantan MF Mohd Nurul Azwan Roya (ke Malaysia Darul Takzim FC)
22 Lubnan FW Mohammed Ghaddar (ke Malaysia Felda United FC)[26]
23 Pulau Pinang MF S. Chanturu (ke Malaysia Perak FA)
No. Posisi Pemain
25 Kelantan FW Mohd Azlan Ismail (ke Malaysia Perak FA)
26 Lubnan MF Zakaria Charara (ke Lubnan Nejmeh SC)
27 Croatia DF Mijo Dadic (ke Indonesia Pelita Bandung Raya)
29 Ghana MF Emmanuel Okine (dipinjamkan ke Malaysia Perlis FA)
30 Ghana FW Dennis Agyare Antwi (dipinjamkan ke Malaysia Perlis FA)

Bekas pemain[sunting]

Pemain tempatan[sunting]

Pemain luar negara[sunting]

Asia (AFC)

Afrika (CAF)

Amerika Selatan (CONMEBOL)

Eropah (UEFA)

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Rujukan[sunting]

  1. Sejarah Kelantan FA, Portal Rasmi KAFA
  2. KAFA tubuh akademi bola sepak bawah 13, Utusan Malaysia, 18 Januari 2008.
  3. Sathianathan digantung 6 bulan, tekanan untuk Kelantan, Utusan Online, 23 Oktober 2010
  4. Sathia kekal digantung 6 bulan, Utusan Online, 25 Januari 2011
  5. Karathu ganti Sathianathan latih pasukan Kelantan, Utusan Online, 26 Januari 2011
  6. Karathu letak jawatan, Harian Metro, 17 Oktober 2011
  7. Peter Butler jurulatih baru Kelantan, bolasepak.com, 24 Oktober 2011
  8. Kafa rehatkan Butler 'lantang', Sinar Harian, 24 Februari 2012
  9. Fokus: Ribut kecil melanda Kelantan, Underground Voice, 27 Februari 2012
  10. Detik getir Butler, KAFA hari ini, Berita Harian Online, 28 Februari 2012
  11. Butler tinggalkan Kelantan, Sinar Harian, 28 Februari 2012
  12. Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
  13. Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
  14. Kelantan cipta sejarah, Utusan Online, 21 Oktober 2012
  15. Papan markah elektronik baru, Utusan Online 24 Sept 2012
  16. Kelantan, ATM bolot 4 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Sinar Harian, 30 Oktober 2012
  17. Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, Sinar Harian, 1 Disember 2011
  18. 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan, Sinar Harian, 11 November 2012
  19. Piala Presiden: Kelantan Turun 90% Muka Baru, Kelate.net, 12 Disember 2012
  20. Azman lepas jawatan pengurus Kelantan, Utusan Online 14 Nov 2012
  21. 95% pemain Kelantan kekal, nama Mat Yo tidak ada, Sinar Harian, 21 November 2012
  22. TRW sambar Pertratos, intai Safee, Sinar Harian, 3 Disember 2012
  23. Pertratos, Kcira sertai Kelantan, Sinar Harian, 9 Disember 2012
  24. FAM: Mat Yo bebas kontrak Kafa, Sinar Harian, 27 November 2012
  25. Norshahrul bebas sertai mana-mana pasukan, Utusan Online, 28 November 2012
  26. Kelantan Lupakan khidmat Ghaddar, Kelate.net, 3 Disember 2012

Pautan luar[sunting]