Bakauheni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°52′10″S 105°45′12″T / 5.86944°S 105.75333°T / -5.86944; 105.75333 Bakauheni ialah sebuah kota pelabuhan di provinsi Lampung. Terletak tepatnya di hujung selatan pulau Sumatera serta hujung selatan Jalan Raya Lintas Sumatera, pelabuhan Bakauheni menghubungkan Sumatera dengan Jawa melalui laut.

Ratusan feri belayar menyeberangi Selat Sunda dan menghubungkan Bakauheni dengan Merak di Provinsi Banten, Pulau Jawa. Feri-feri ini terutamanya melayani kenderaan seperti bas penumpang antara-kota luar-provinsi, lori serta kereta peribadi. Tempoh perjalanan purata yang diperlukan antara Bakauheni - Merak dengan feri ini ialah sekitar 2 jam.