Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel
Herschel Space Observatory.jpg
Maklumat am
Nama alternatif Far Infrared and Submillimetre Telescope (FIRST)
NSSDC ID 2009-026A
Organisasi ESA
NASA
Kontraktor utama Thales Alenia Space
Tarikh pelancaran 14 Mei 2009, 13:12:02 UTC
Dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Guiana, Guiana Perancis
Kenderaan pelancar Ariane 5 ECA
Tempoh misi • Dirancang: 3 tahun
• Dicapai: 3 tahun, 11 bulan dan 15 hari[1]
Jisim 3,300 kg (7,300 lb)
Jenis orbit Orbit Lissajous
Tinggi orbit 1,500,000 km (930,000 bt)
Tempoh orbit 1 tahun
Kelajuan orbit 7,500 m/s (27,000 km/j)
Lokasi Titik Lagrange L2
Telescope style Ritchey-Chrétien
Rejim panjangombak 60–670 µm (inframerah jauh)
Diameter 3,500 mm (140 in), f/0.5 (cermin utama)
Kawasan pengumpulan 9.6 m² (Templat:Convert/ka2)
Panjang fokal 28.5 m (94 ka), f/8.7
Alat-alat
HIFI Heterodyne Instrument for the Far Infrared
PACS Photodetector Array Camera and Spectrometer
SPIRE Spectral and Photometric Imaging Receiver
Laman web
herschel.esac.esa.int

Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel ( Herschel Space Observatory) ialah sebuah balai cerap angkasa yang dibina dan dijalankan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA), aktif dari 2009 hingga 2013. Ia merupakan teleskop inframerah terbesar pernah dilancarkan,[2] membawa satu cermin 3.5-meter (11.5 ka)[2][3][4][5] dan alat yang sensitif terhadap jalur gelombang inframerah jauh dan submilimeter (Templat:Convert/µmTemplat:Convert/track/disp/or). Herschel merupakan misi "asas" keempat dalam program sains ESA, bersama dengan Rosetta, Planck dan Gaia. Amerika Syarikat, melalui NASA, turut serta dalam program ini.[6]

Balai cerap ini dibawa ke orbitnya pada Mei 2009, di titik Lagrange kedua (L2) sistem Bumi-Matahari, 1,500,000 kilometer (930,000 bt) dari Bumi, lebih kurang dua bulan kemudian. Herschel dinamakan bersempena Sir William Herschel, penemu spektrum inframerah dan planet Uranus, dan adiknya dan rakan usaha sama Caroline Herschel.[7]

Balai cerap ini mampu melihat objek paling sejuk dan berhabuk di angkasa lepas; contohnya, kokun dingin di mana bintang terbentuk dan galaksi berhabuk yang baru mula membesar dengan bintang baharu.[8] Balai cerap ini menyaring awan membentuk bintang—"periuk masak perlahan" ramuan bintang—bagi menyusur laluan di mana molekul membentuk makhluk, seperti air, mungkin terbentuk.

Jangka hayat teleskop ini bergantung kepada jumlah bahan pendingin bagi alat-alatnya; apabila pendingin ini habis, peralatan tidak dapat berfungsi dengan baik. Semasa pelancarannya, ia dijangka dapat beroperasi selama 3.5 tahun (sekitar akhir 2012).[9] Ia terus berfungsi sehingga 29 April 2013, apabila Herschel kehabisan bahan pendingin.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Amos, Jonathan (29 April 2013). "Herschel space telescope finishes mission". BBC News. Diperoleh pada 30 April 2013. 
  2. 2.0 2.1 "ESA launches Herschel and Planck space telescopes". Aerospaceguide. Diperoleh pada 3 Disember 2010. 
  3. "ESA launches Herschel and Planck space telescopes". Euronews. Diperoleh pada 3 Disember 2010. 
  4. Amos, Jonathan (14 Jun 2009). "ESA launches Herschel and Planck space telescopes". BBC. Diperoleh pada 3 Disember 2010. 
  5. "Herschel closes its eyes on the Universe". ESA. Diperoleh pada 29 April 2013. 
  6. "NSSDC Spacecraft Details: Herschel Space Observatory". NASA. Diperoleh pada 3 Julai 2010. 
  7. "Revealing the invisible: Caroline and William Herschel". ESA. 18 Jun 2000. Diperoleh pada 22 Julai 2010. 
  8. ESA Science & Technology: Herschel. Dicapai 28 Julai 2010
  9. "Infrared Space Astronomy: Herschel". Max-Planck-Institut für Astronomie. Diperoleh pada 2010-06-29. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]