Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson
Maklumat umum
NSSDC ID2001-027A
OrganisasiNASA
Tarikh pelancaranJune 30, 2001, 19:46 UTC
Dilancarkan dariStesen Tentera Udara Cape Canaveral
Kenderaan pelancaranDelta II 7425-10
Jangka masa misi22 tahun, 8 bulan dan 18 hari telah berlalu
Jisim840 kg
Jenis orbitOrbit Lissajous
LokasiL2
Alatan
Jalur K 23 GHzAlur 52.8 MOA
Jalur Ka 33 GHzAlur 39.6 MOA
Jalur Q 41 GHzAlur 30.6 MOA
Jalur V 61 GHzAlur 21 MOA
Jalur W 94 GHzAlur 13.2 MOA
Laman sesawanghttp://map.gsfc.nasa.gov
Rujukan: [1][2][3]

Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson (Inggeris: Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP), juga dikenali sebagai Microwave Anisotropy Probe (MAP) dan Explorer 80) ialah sebuah kapal angkasa yang mengukur perbezaan dalam suhu baki haba sinaran daripada Letupan Besar - suhu sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik - di seluruh langit.[4][5] Misi yang diketuai oleh Profesor Charles L. Bennett dari Universiti Johns Hopkins ini telah dibangunkan hasil usaha sama di antara Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard NASA dan Universiti Princeton.[6] Kapal angkasa WMAP telah dilancarkan pada 30 Jun 2001, jam 19:46:46 GDT di Florida. Misi WMAP menggantikan misi angkasa COBE dan merupakan kapal angkasa kelas sederhana (MIDEX) kedua program Explorer. Pada 2003, MAP telah dinamakan semula sebagai WMAP untuk menghargai ahli kosmologi David Todd Wilkinson (1935 - 2002)[6] yang telah menjadi ahli kumpulan sains misi ini. Pada 20 Disember 2012, data selama 9 tahun dan gambar-gambar berkaitan daripada WMAP telah dikeluarkan.[7][8]

Ukuran-ukuran WMAP memainkan peranan penting dalam membina Model Piawai Kosmologi yang terkini, iaitu model Lambda-CDM. Data WMAP adalah sangat sesuai mengikut alam semesta yang didominasi oleh tenaga gelap dalam bentuk pemalar kosmologi. Data kosmologi yang lain juga adalah konsisten dan bersama-sama digunakan untuk membataskan Model ini dengan lebih ketat. Di dalam model Lambda-CDM untuk alam semesta, usia alam semesta ialah 13.772 ± 0.059 bilion tahun. Penetapan usia alam semesta oleh WMAP dengan ketepatan lebih baik daripada 1% telah diakui oleh Guinness Book of World Records. Kadar perkembangan alam semesta kini (lihat Pemalar Hubble) ialah 69.32 ± 0.80 km·s−1·Mpc−1. Isi alam semesta kini terdiri daripada 4.628 ± 0.093% jirim barion biasa, 24.02+0.88
−0.87
% jirim gelap sejuk (Cold dark matter, CDM) yang tidak memancar dan menyerap cahaya, dan 71.35+0.95
−0.96
% tenaga gelap dalam bentuk pemalar kosmologi yang memecutkan perkembangan alam semesta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2003Bennett tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2008Limon tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan news_facts tidak disediakan
  4. ^ "Wilkinson Microwave Anisotropy Probe: Overview". Legacy Archive for Background Data Analysis (LAMBDA). Greenbelt, Maryland: NASA's High Energy Astrophysics Science Archive Research Center (HEASARC). August 4, 2009. Dicapai pada September 24, 2009. The WMAP (Wilkinson Microwave Anisotropy Probe) mission is designed to determine the geometry, content, and evolution of the universe via a 13 arcminute FWHM resolution full sky map of the temperature anisotropy of the cosmic microwave background radiation.
  5. ^ "Tests of Big Bang: The CMB". Universe 101: Our Universe. NASA. July 2009. Dicapai pada September 24, 2009. Only with very sensitive instruments, such as COBE and WMAP, can cosmologists detect fluctuations in the cosmic microwave background temperature. By studying these fluctuations, cosmologists can learn about the origin of galaxies and large scale structures of galaxies and they can measure the basic parameters of the Big Bang theory.
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2003PressRelease tidak disediakan
  7. ^ Gannon, Megan (December 21, 2012). "New 'Baby Picture' of Universe Unveiled". Space.com. Dicapai pada December 21, 2012.
  8. ^ Bennett, C.L.; Larson, L.; Weiland, J.L.; Jarosk, N.; Hinshaw, N.; Odegard, N.; Smith, K.M.; Hill, R.S.; Gold, B.; Halpern, M.; Komatsu, E.; Nolta, M.R.; Page, L.; Wollack, E.; Dunkley, J.; Kogut, A.; Limon, M.; Meyer, S.S.; Tucker, G.S.; Wright, E.L. (December 20, 2012). "Nine-Year Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) Observations: Final Maps and Results". arXiv:1212.5225. Dicapai pada December 22, 2012. |first14= missing |last14= (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)