Balto (filem)
| Balto | |
|---|---|
| Pengarah | Simon Wells |
| Penerbit | Steve Hickner Rich Arons |
| Pengarang | David Cohen Elana Lesser Cliff Ruby Roger S.H. Schulman |
| Lakonan | Kevin Bacon Bob Hoskins Bridget Fonda Jim Cummings Phil Collins |
| Muzik | James Horner |
| Sinematografi | Jan Richter-Friis |
| Penyuntingan | Sim Evan-Jones Nick Fletcher Renee Edwards |
| Studio | Imagine Entertainment Amblimation |
| Pengedar | Universal Pictures |
| Mula ditayang | Templat:Filmdate |
| Tempoh ditayang | 78 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Pulangan kasar | $11,348,324[1] |
Balto ialah sebuah filem pengembaraan filem aksi langsung/animasi Amerika Syarikat 1995 yang diarah oleh Simon Wells dan diterbitkan oleh Amblimation. Filem ini berdasarkan kisah benar mengenai anjing bernama sama yang tolong menyelamatkan kanak-kanak daripada wabak difteria dalam pengangkutan serum ke Nome 1925. Bahagian aksi langsung filem ini dirakam di Central Park.
Balto ialah filem cetera animasi yang diterbitkan oleh studio animasi Amblimation Steven Spielberg. Filem ini disusuli oleh dua susulan direct-to-video Balto II: Wolf Quest (2002) dan Balto III: Wings of Change (2004).
Isi kandungan |
Jalan cerita [sunting]
Seorang wanita tua (Miriam Margoyles) dan cucu perempuannya berjalan melalui Central Park mencari sebuah tugu peringatan lama. Sebaik mereka duduk untuk berehat, nenek itu menceritakan sebuah kisah tentang Nome, Alaska pada tahun 1925, yang menukarkan filem ini daripada aksi langsung kepada animasi.
Balto (Kevin Bacon) ialah seekor kacukan anjing serigala yang hidup di luar Nome, dengan seekor angsa Rusia bernama Boris (Bob Hoskins) yang bertindak sebagai figura bapa kepada kanin yang susah payah itu. Kerana bakanya separuh, Balto disisihkan oleh kedua-dua anjing dan manusia di bandar dan kedua-dua tinggal di atas sebuah kapal separuh tenggelam, kadangkala dilawati oleh dua ekor beruang kutub; Muk dan Luk (kedua-duanya disuarakan oleh Phil Collins). Apabila berada di bandar, Balto diperlihatkan dilamun cinta akan seekor anjing husky bernama Jenna (Bridget Fonda), tetapi dicabar untuk perhatian Jenna oleh anjing tarikan kegemaran bandar, Steele, (Jim Cummings), seekor anjing husky tidak sopan dan mementingkan diri sendiri.
Tidak lama kemudian, kanak-kanak di bandar termasuk Rosy mula jatuh sakit kerana wabak difteria. Keadaan bersalji walau bagaimanapun menjadikan keadaan mustahil untuk ubat-ubatan dibawa melalui pengangkutan udara atau laut; menghasilkan perlumbaan anjing yang diadakan untuk menentukan anjing terbaik untuk pasukan anjing tarikan untuk mendapatkan ubat-ubatan. Balto menyertai dan memenanginya, tetapi disingkirkan apabila Steele membuat Balto tidak sengaja menyeringaikan giginya terhadap pemandu anjing. Pasukan itu kemudian pergi dengan Steele sebagai ketua. Mereka tiba di Nenana, mendapatkan ubat-ubatan itu dengan jaya, walau bagaimanapun dalam perjalanan pulang, keadaan bertambah teruk, dan pasukan anjing tarikan itu diketuai oleh Steele yang keliru ke cerun yang curam, mencederakan pemandu anjing. Dengan tiada harapan, Balto pergi mencari mereka, diikuti oleh Boris, Muk dan Luk. Dalam perjalanan mereka menghadapi seekor beruang perang sehingga Jenna muncul pada pertengahan pertarungan untuk menyelamatkan Balto. Sebaik melarikan diri dari beruang itu walau bagaimanpun, Jenna telah tercedera dan tidak boleh meneruskan perjalanan. Balto meyakinkan Boris untuk membawa Jenna, Muk dan Luk pulang ke Nome dan Balto meneruskan perjalanan dengan sendiri. Dia akhirnya menemui pasukan itu, tidak bersemangat lagi kerana kemalangan mereka. Balto cuba memikul tanggungjawab tetapi Steele cuba mengambil alih, ikutan pertarungan mereka Steele terjatuh ke dalam jurang di bawah. Melihat pasukannya meninggalkannya, Steele dengan sengaja mengubah jejak yang diikuti oleh Balto, dan Balto sesat. Selepas menyelamatkan bekalan daripada terjatuh di tebing, Balto dirinya sendiri terjatuh. Apabila dia sedar dia percaya bahawa dia kehilangan ubat-ubatan itu dan semua harapan, tetapi seekor serigala putih, seperti semangat besar, menyedarkan Balto bahawa warisan serigalanya ialah kekuatan, bukan kelemahan. Menggunakan hidungnya, dia berjaya mengesan petanda palsu dan mereka menghadapi cabaran lanjut sebelum berjaya pulang ke Nome dan Steele yang berpura-pura berbelas kasihan didapati bersalah terhadap yang dilakukan olehnya dan disisihkan oleh anjing-anjing yang lain.
Bersatu dengan Jenna dan teman-temannya semula, Balto diberi kehormatan baharu daripada kedua-dua kawanan anjing dan manusia kerana menghantar kotak itu dengan selamat. Sebaik kanak-kanak pulih, Balto diberi peluang untuk melawat Rosy di hospital yang memeluk Balto, dan berterima kasih kerana menyelamatkan nyawanya. Kembali ke babak aksi langsung kini, budak perempuan dan neneknya menemui tugu peringatan untuk Balto, dan dia menjelaskan bahawa jejak Iditarod merangkumi jalan sama yang dilalui oleh Balto dan pasukannya dari Nenana ke Nome. Dia berterima kasih kepada patung Balto sebaik cucunya memanggilnya "Nenek Rosy" menyatakan bahawa dia merupakan budak perempuan yang sama yang diselamatkan oleh Balto banyak tahun sebelumnya.
Watak dan pelakon [sunting]
Watak [sunting]
- Balto, seekor anjing serigala jantan dewasa muda; separuh anjing husky dan separuh serigala. Bapanya ialah seekor anjing husky Siberia sementara ibunya, Aniu, ialah seekor serigala liar dan putih.
- Boris, seekor angsa salji Rusia yang menganggap dirinya sebagai penjaga Balto.
- Jenna, seekor anjing husky muda dan cantik dan minat cinta romantik Balto.
- Rosy, pemilik Jenna. Dia ialah seorang budak perempuan yang baik hati dan teruja, dan apabila dia jatuh sakit, Balto melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkannya dan kanak-kanak lain. Rosy yang tua dalam babak aksi langsung menceritakan kisahnya kepada cucu perempuannya.
- Steele, seekor anjing malamute Alaska dan antagonis utama. Dia ialah pesaing Balto yang jatuh hati terhadap Jenna.
- Muk dan Luk, sepasang anak beruang kutub.
- Nikki, seekor anjing husky Siberia dan seekor ahli dalam pasukan Steele.
- Kaltag, ahli pasukan Steele lagi seekor.
- Star, ahli pasukan Steele lagi seekor.
- Dixie, seekor anjing Pomerania betina dan salah satu daripada teman Jenna yang menyukai Steele.
- Sylvie, seekor anjing pemburu Afghan betina dan teman Jenna lagi satu.
- Cucu perempuan Rosy, muncul dalam babak aksi langsung. Dia ditemani oleh anjingnya Blaze.
Pelakon suara [sunting]
| Watak | Pelakon suara |
|---|---|
| Balto | Kevin Bacon |
| Boris | Bob Hoskins |
| Jenna | Bridget Fonda |
| Rosy | Juliette Brewer (suara, muda) Miriam Margolyes (aksi langsung, tua) |
| Steele | Jim Cummings |
| Muk dan Luk | Phil Collins |
| Nikki | Jack Angel |
| Kaltag | Danny Mann |
| Star | Robbie Rist |
| Dixie | Sandra Dickinson |
| Sylvie | |
| Ibu Rosy | |
| Cucu perempuan Rosy | Lola Bates-Campbell |
| Bapa Rosy | William Roberts |
| Doktor | Donald Sinden |
| Penjual daging | Bill Bailey |
| Pengendali telegraf | Garrick Hagon |
Kakitangan [sunting]
- Diarah oleh Simon Wells
- Diterbitkan oleh Steve Hickner
- Penerbit Eksekutif Steven Spielberg, Bonne Radford dan Brian Grazer
- Lakon layar oleh Cliff Ruby, Elana Lesser, David Cohen, dan Roger S.H. Schulman
- Cerita oleh Cliff Ruby dan Elana Lesser
- Dipersembahkan oleh Steve Winwood
- Lirik oleh Barry Mann
- Muzik oleh James Horner
Perbezaan sejarah [sunting]
- Pengangkutan untuk mendapatkan ubat-ubatan sebenarnya merupakan larian berganti-ganti. Sebalik menjadi ketua pasukan pertama, Balto ialah ketua pasukan terakhir untuk membawa ubat-ubatan ke Nome. Jarak terpanjang dan paling berbahaya dilalui oleh pasukan tersebut diketuai oleh Togo.
- Ubat-ubatan tidak dibawa oleh anjing-anjing sendiri, dan tiada pemandu anjing tidak berupaya.
- Balto bukan anjing terbiar seperti ditunjukkan dalam filem, tetapi sebaliknya lahir di dalam kandang anjing milik pemandu anjing terkenal Leonhard Seppala, tempat dia dilatih sehingga layak untuk menarik geluncuran salji sebagai ketua anjing. Seppala juga merupakan pemilik Togo, yang digunakan oleh Seppala sendiri untuk mengetuai pasukan anjingnya semasa larian berganti-ganti. Balto sebenarnya digunakan oleh salah seorang daripada pekerja Seppala, Gunnar Kaasen.
- Balto ialah satu-satunya haiwan, dan mungkin satu-satunya watak, dalam filem ini yang benar.
Runut bunyi [sunting]
Runut bunyi ini digubal oleh James Horner.
Penyenaraian runut [sunting]
Dalam versi Amerika Syarikat asal, CD ini ada runut berikut:
- "Reach For The Light (Theme from Balto)," dipersembahkan oleh Steve Winwood (4:24)
- "Main Title/Balto's Story Unfolds" (4:40)
- "The Dogsled Race" (1:41)
- "Rosy Goes To The Doctor" (4:05)
- "Boris & Balto" (1:29)
- "The Journey Begins" (5:06)
- "Grizzly Bear" (5:23)
- "Jenna/Telegraphing The News" (2:22)
- "Steele's Treachery" (4:38)
- "The Epidemic's Toll" (3:29)
- "Heritage Of The Wolf" (5:54)
- "Balto Brings The Medicine!" (4:53)
- "Reach For The Light (Theme from Balto) (Long Version)," dipersembahkan oleh Steve Winwood (5:27)
Tempoh: 49:15 minit
Susulan [sunting]
Dua buah susulan DVD diterbitkan oleh Universal Cartoon Studios. Yang pertama, Balto II: Wolf Quest dikeluarkan pada 2002 dalam TV oleh Sinclair Broadcast Group, sebuah syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat yang mengendalikan bilangan terbesar stesen televisyen tempatan di Amerika Syarikat. Filem ini mengikuti pengembaraan anak-anak Balto dan Jenna, terutamanya Aleu yang pergi mencari warisan serigalanya.
Filem ketiga, Balto III: Wings of Change dikeluarkan pada 2004. Jalan ceritanya mengikuti seperinduk anak anjing yang sama daripada Balto 2 tetapi dengan fokus terhadap seekor anak Balto lagi bernama Kodi.
Kedua-dua filem tidak mengambil mana-mana rujukan sejarah daripada kisah benar Balto.
Sambutan [sunting]
Balto memegang penilaian bercampur 50% oleh kritik di Rotten Tomatoes [1], walaupun hanya 11 ulasan dikira. Walau bagaimanapun, penilaian pengguna ialah 74%, dengan 344 ulasan (257 fresh, 87 rotten). Roger Ebert memberi filem ini 3 daripada 4 bintang. Keluaran filem ini jauh diatasi oleh persembahan Toy Story Disney·Pixar. Tetapi filem ini masih mendapat semula pulangan dan berperniagaan sederhana dalam box office. Penjualan video kuat membawa kepada keluaran dua buah susulan: Balto II: Wolf Quest dan Balto III: Wings of Change.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Balto: Universal Studios - Versi terpulih laman Balto rasmi 1995 aslo.
- Balto di Pangkalan Data Filem Internet
- Balto di Pangkalan Data Big Cartoon
- Balto di Allmovie
- Balto – Keyframe - the Animation Resource
|
||||||||||||||||||||
- Filem Amerika Syarikat
- Filem 1995
- Filem pengembaraan 1990-an
- Filem pengembaraan Amerika Syarikat
- Filem animasi Amerika Syarikat
- Filem bahasa Inggeris
- Filem diarah oleh Simon Wells
- Filem mengenai anjing
- Serigala cereka
- Filem berdasarkan kejadian sebenar
- Filem drama pengembaraan
- Filem menonjolkan watak antropomorfik
- Filem berlatar pada 1920-an
- Filem berlatar di Alaska
- Filem Amblin Entertainment
- Filem animasi Universal Pictures
- Filem Universal Pictures
- Filem Northern
- Filem Imagine Entertainment
- Filem dengan aksi langsung dan animasi