Anjing Pomerania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing Pomerania
Pomeranian 600.jpg
Nama lain Spits Jerman
Spits kerdil
Pom
Zwers
Nama ringkas Pompom
Pom
Negara asal Jerman
(Jerman timur laut dan Poland barat laut kini)
Ciri
Jangka hayat 12–16 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Pomerania (Bahasa Inggeris: Pomeranian dog) ialah satu baka anjing jenis spits, dinamai sempena wilayah Pomerania di Eropah Tengah (kini sebahagian Poland utara dan Jerman timur). Dikelaskan sebagai baka anjing mainan kerana saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, secara tertentu spits Jerman. Ia telah ditentukan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai sebahagian daripada baka spits Jerman, dan di banyak negara, ia dikenali sebagai spits kerdil (Bahasa Jerman: Zwergspitz; Bahasa Inggeris: dwarf spitz).

Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria mempunyai seekor anjing Pomerania kecil dan maka keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Secara keseluruhan, anjing Pomerania ialah anjing tegap dan sihat. Isu kesihatan paling biasa ialah tempurung lutut terkehel. Keruntuhan tenggorokan juga boleh menjadi isu. Lebih jarang, baka ini boleh menghidap satu keadaan kulit dikenali sebagai "penyakit kulit hitam", atau alopesia eks. Ini ialah penyakiit genetik yang menyebabkan kulit anjing menghitam dan kehilangan semua atau kebanyakan bulunya.[1] Setakat 2013, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak 1998, baka ini telah ditempatkan sesama dua puluh baka kedua paling popular teratas di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Pomerania hitam jingga.
Seekor anjing Pomerania triwarna.

Anjing Pomerania ialah anjing kecil berberat 1.9–3.5 kg (4.2–7.7 lb) dan berdiri setinggi 5.0–11 in (13–28 cm) pada paras kelasa.[2] Ia merupakan anjing padat tetapi tegap dengan banyak bulu bertekstur dengan ekor bulu burung terletak tinggi dan rata.[3] Bulu atas membentuk lingkaran bulu pada leher dan belakang, dan ia juga mempunyai jumbai bulu pada sukuan belakang.[4]

Contoh terawal baka ini adalah putih atau kadang-kadang perang atau hitam. Ratu Victoria mendapatkan seekor anjing Pomerania merah kecil pada 1888, yang menyebabkan warna itu menjadi trend fesyen menjelang penghujung abad ke-19.[5] Pada zaman moden, anjing Pomerania terdapat dalam pelbagai warna mana-mana baka anjing, termasuk putih, hitam, perang, merah, jingga, krim, biru, sabel, hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, berbintik, brindle, tambah gabungan warna itu.[6] Warna paling biasa ialah jungga, hitam atau krim/putih.[3]

Anjing Pomerania merle ialah warna terkini dimajukan oleh pembiak baka. Warnanya merupakan gabungan satu warna dasar pejal dengan tompok biru/kelabu lebih terang yang memberikan kesan berbelak. Warna dasar paling biasa untuk kesannya ialah merah/perang atau hitam, sungguhpun warnanya juga boleh muncul dengan warna lain. Gabungan seperti merle brindle atau merle hati tidak diterima dalam piawaian baka. Tambahan, mata, hidung dan tapaknya berwarna marshmallow, mengubah bahagian mata kepada biru dan warna hidung dan tapak menjadi merah jambu dan hitam berbelak.[7]

Anjing Pomerania mempunyai bulu dua lapis tebal, dan sementara penjagaan bulu tidak sukar, pembiak baka mengesyorkan bahawa ini dilakukan pada setiap hari kerana ketebalan bulu dan salin bulu malar, bulunya patut dipotong dengan sedikit pada setiap 3–4 minggu. Bulu lapis luar adalah panjang, lurus, dan bertekstur kasar sementara bulu lapis bahawa adalah lembut, tebal dan pendek. Bulunya mudah bersimpul dan kusut, terutamanya apabila bulu lapis bawah bersalin bulu, yang berlaku dua kali setahun.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "BSD (Black Skin Disease) Alopecia X, Coat Funk". Pommania Pomeranains. Diperoleh pada 30 November 2009. 
  2. Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds. Parragon. ms. 262. ISBN 978-0-7525-8018-0. 
  3. 3.0 3.1 Hale, Rachael (2008). Dogs: 101 Adorable Breeds. Andrews McMeel Publishing. ms. 197. ISBN 978-0-7407-7342-6. 
  4. "Pomeranian History". Premier Pomeranians. Diperoleh pada 4 Disember 2009. 
  5. "What is a pomeranian". Web Answers. Diperoleh pada 2 Februari 2010. 
  6. Coile, D. Caroline (2007). Pomeranians for Dummies. For Dummies. ms. 29. ISBN 978-0-470-10602-0. 
  7. "Merle Pomeranians". Merle Pomeranians. Diperoleh pada 6 Disember 2009. 
  8. Dane Stanton (2009). "Tips on Pomeranian Grooming". Pomeranian Dogs. Diperoleh pada 2 Februari 2010. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]