Bandeirante

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran seorang bandeirante memerhatikan kawasan sekeliling hutan yang dibersihkan, hamba-hamba peribuminya ternampak di latar. (Ciclo da Caça ao Índio karya Henrique Bernardelli, 1922)

Bandeirante (terbitan kata Portugis: bandeira "bendera", maka "pembendera" atau "pembawa bendera") ialah kelompok peneroka, peladang dan pelombong yang memainkan peranan utama meluaskan tanah jajahan di belah timur tengah dan selatan rantau Brazil benua Amerika Selatan, seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Tordesillas yang memisahkan ruang alam jajahan benua ini antara pihak-pihak empayar Portugis dengan empayar Sepanyol.[1] Menurut sejarawan Carvalho Franco, peneroka-peneroka ini banyak terdiri daripada warga keturunan pertama dan kedua petempatan Portugis di São Paulo diketuai kapten-kapten berbangsa Eropah tidak sahaja yang sebangsa malah dari bangsa-bangsa Galicia, Castilla, Baskuh dan Morisco Sepanyol serta sejauh Napoli, Toscana di Itali antara lainnya.[2]

Kegiatan para bandeirante ini bertanggungjawab atas penghapusan ratus ribuan penduduk peribumi yang menduduki tanah Brazil pada zaman mereka.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menezes Fernandes, Luis Henrique. Um Governo de Engonços: Metrópole e Sertanistas na Expansão dos Domínios Portugueses aos Sertões do Cuiabá (1721-1728) (dalam bahasa Portugis).
  2. ^ Franco, Carvalho; de Assis, Francisco (1989). Dicionário de Bandeirantes e Sertanistas do Brasil. Itatiaia Limitada & Universidade de São Paulo.
  3. ^ Ribeiro, Darcy (2003). O Povo Brasileiro. Companhia de Bolso. m/s. 435.