Bani Aghlab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Sejarah Negara-negara Arab

Dinasti Aghlabiyah semasa Perluasan Besarnya
Takungan air Aghlabiyah di Kairouan

Emir-emir dinasti Aghlabiyah, anggota satu kabilah Arab iaitu Bani Tamim, pernah memerintah Ifriqiya (Afrika Utara) mewakili khalifah Abbasiyah hanya pada nama sahaja selama satu abad sehinggalah mereka digulingkan oleh Fatimiyah yang muncul sebagai satu kuasa baru di Afrika Utara.

Pada tahun 800, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rashid telah melantik Ibrahim I ibn al-Aghlab sebagai Emir Ifriqiya yang akan diwarisi turun-temurun sebagai jawapan kepada keadaan huru-hara yang telah berleluasa di wilayah tersebut berikutan jatuhnya Muhallabiyah. Dia dikehendaki mengawal sat kawasan yang merangkumi timur Algeria, Tunisia dan Tripolitania. Walaupun hanya bebas berkuasa pada nama, dinastinya masih lagi mengiktiraf ketuanan Abbasiyah.

Ibukota yang baru, al-Abbasiyyah, diasaskan di luar Kairouan, untuk melepaskan diri daripada penentangan fuqaha dan ulama Maliki yang mengecam apa yang dilihat mereka sebagai kehidupan tidak bertuhan Aghlabiyah, dan tidak menyukai layanan berat sebelah terhadap orang Islam Barbar. Sebagai tambahan, benteng-benteng pertahanan perbatasan (Ribat) dibina di Sousse dan Monastir.

Semasa zaman pemerintahan Ziyadat Allah I (817-838), krisis pemberontakan pasukan tentera Arab meletus pada tahun 824 yang tidak dapat dipatahkan sehinggalah tahun 836 dengan bantuan orang Barbar. Penaklukan Sicily daripada Byzantine sejak tahun 827 diketuai oleh Asad ibn al-Furat adalah satu cubaan untuk mengawal pasukan tentera sukar dikawal itu - ia hanya dapat dicapai secara perlahan dan hanya pada tahun 902 kota kara Byzantine terakhir dapat ditawan. Serbuan ke dalam tanah besar Itali berlaku sehingga kurun ke-10. Secara beransur-ansur Aghlabiyah kehilangan kuasa kawalan ke atas tentera Arab di Sicily dan satu dinasti baru, Kalbiyah muncul di sana.

Kerajaan Aghlabiyah mencapai puncaknya semasa zaman pemerintahan Ahmad ibn Muhammad (856-863). Ifriqiya menjadi satu kuasa ekonomi yang ketara berkat kesuburan tanah pertaniannya dengan dibantu oleh perluasan sistem pengairan Rom. Ia menjadi tumpuan perdagangan antara dunia Islam dan Byzantine dan Itali, terutamanya perdagangan hamba abdi yang menguntungkan. Kairawan menjadi pusat pengajian yang paling penting di Maghrib, terutamanya dalam bidang ilmu kalam dan fikah, dan menjadi tempat pertemuan bagi para penyair.

Kejatuhan dinasti tersebut bermula semasa zaman pemerintahan Ibrahim II ibn Ahmad (875-902). Penguasaan ke Calabria jatuh ke tangan Byzantium, satu serangan oleh Tuluniyah Mesir telah dipatahkan dan satu pemberontakan orang Barbar telah ditumpaskan dengan banyak nyawa yang melayang. Sebagai tambahan, pada tahun 893 wujud pergerakan Syiah Fatimiyah di kalangan orang Barbar Kutama melalui misi Ubayd Allah Said yang membawa kepada penggulingan Aghlabiyah pada tahun 909.

Pemerintah Aghlabiyah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]