Bantahan Bahrain 2011
| Rencana ini sedang melakarkan hal semasa. Maklumat mungkin berubah mengikut perkembangan terkini. |
| Bantahan Bahrain 2011 | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Tarikh | 14 Februari 2011 – kini |
| Cir-ciri | Penentangan awam, tunjuk perasaan, rusuhan, Syiah. |
| Kematian | 10 |
| Kecederaan | 380 |
Bantahan Bahrain 2011 merupakan peristiwa tunjuk perasaan yang berlaku di negara Bahrain di Teluk Parsi. Tujuan orang Bahrain menunjuk perasaan adalah untuk menuntut lebih kebebasan politik dan hormat kepada hak asasi manusia,[1] serta menyeru supaya rajanya turun takhta[2] ekoran serbuan ganas terhadap penunjuk perasaan di Bulatan Mutiara, Manama pada 17 Februari.[3][4]
Di Manama, para penunjuk perasaan berkhemah selama berhari-hari di Bulatan Mutiara yang berfungsi sebagai pusat protes besar-besaran. Selepas sebulan, kerajaan Bahrain memohon bantuan tentera dan polis dari Majlis Kerjasama Teluk yang tiba pada 14 Mac; pada hari keesokannya, Raja Bahrain mengisytiharkan darurat dan pemerintahan tentera selama tiga bulan.[5][6]
Latar belakang [sunting]
Rakyat majoriti yang bermazhab Syiah di Bahrain sering mengeluh kerana diketepikan dalam peluang pekerjaan, perumahan dan prasarana, sementara penganut mazhab Sunnah menikmati keutamaan.[7] Kerajaan Bahrain turut mengimport golongan Sunnah dari Asia Selatan dan Syria dalam cubaan meningkatkan peratusan penduduk Sunnah. [8][7] Umat Syiah dilarang memegang jawatan politik dan tentera yang penting.[8] Bahrain kini ada sebuah parlimen undian awam, tetapi ia tidak berkuasa.[8] Bantahan sekali-sekala telah tercetus sejak pemerintahan Isa bin Salman Al Khalifa,[8] dan 25 aktivis Syiah dibicarakan kerana cuba menentang kerajaan.[8]
Bahrain menempatkan Armada Kelima Amerika Syarikat sebagai langkah penting buat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk cuba mengimbangi kuasa ketenteraan Iran di Timur Tengah.[8] Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara rantau Teluk yang lain menyokong padu Raja Bahrain.[8]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanJazeeraBah14Febtidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanguard_downwiththekingtidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanaljaz_bahr17Febtidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanbbc231injuredtidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanBBCBahr15Martidak disediakan - ↑ http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fg-bahrain-flashpoint-20110316,0,1785627.story
- ↑ 7.0 7.1 "Bahrain gets tough", ft.com, 17 Februari 2011.
- ↑ 8.0 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 "Issues behind protests in Bahrain", The Associated Press/The Canadian Press, 18 Feb 2011.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bantahan Bahrain 2011 |
- Live blog Bahrain at Al Jazeera English
- Bahrain Protests 2011 at Global Voices Online
- Bahrain Protests at the Los Angeles Times
|
|||||||||||