Hosni Mubarak

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Hosni Mubarak
حسنى مبارك
Hosni Mubarak

Dalam pejabat
14 Oktober, 1981 – Kini
Perdana Menteri Ahmad Fuad Mohieddin, Kamal Hassan Ali, Ali Mahmoud Lutfi, Atef Muhammad Naguib Sedki, Kamal Ganzouri, Atef Ebeid dan Ahmed Nazif
Didahului oleh Anwar Sadat

Dalam pejabat
7 Oktober, 1981 – 2 Januari, 1982
Didahului oleh Anwar Sadat
Digantikan oleh Ahmad Fuad Mohieddin

Lahir 04 Mei 1928 (umur 81)
Bendera Mesir Kafr-El Meselha, Al Monufiyah, Kerajaan Mesir
Parti politik Parti Demokratik Nasional Mesir
Pasangan Suzanne Mubarak
Agama Sunni Islam

Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak (bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928) merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan awal dan Tentera Udara Mesir

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.

[sunting] Presiden Mesir

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009).

Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.

[sunting] Mesir kembali ke Liga Arab

Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988.Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.


[sunting] Perang Teluk Parsi

Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.

Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait.Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .


[sunting] Cubaan bunuh

Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.


[sunting] Amerika menyerang Iraq

Pada 2003,Presiden Mubarak mahu dunia menyelesaikan konflik Israel-Palestin terlebih dahulu sebelum menyerang Iraq. Serangan terhadap Iraq akan menyebabkan munculnya "100 Bin Laden". Presiden Mubarak tidak menyokong AS keluar segera dari Iraq.


[sunting] Ekonomi Mesir

Pada Julai 2004, Mubarak menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Mesir Atef Ebeid .Kemudian beliau melantik Ahmed Nazif sebagai Perdana Menteri baru. Kabinet baru pimpinan Ahmed Nazif berjaya mengatasi masalah ekonomi Mesir yang suram.Pasaran saham Mesir meningkat. Bagaimanapun, bilangan penganggur masih berterusan dan Mubarak dikritik kerana menyebelahi syarikat besar dan penswastaan. Beliau dilihat menentang hak pekerja.

[sunting] Pendemokrasian pilihan raya 2005

Presiden Mubarak dipilih semula dengan undi majoriti dalam pungutan suara selama 4 penggal berturut-turut iaitu pada 1987, 1993, 1999 dan 2005. Tidak ramai bertanding dalam pilihan raya berikutan sekatan-sekatan terhadap demokrasi.Pada Februari 2005 ,Mubarak meluluskan pindaan perlembagaan untuk membenarkan mana-mana pihak bertanding jawatan Presiden kerana menjangka beliau akan menang mudah. Pada 26 Februari 2005 Mubarak meminda perlembagaan bagi membenarkan pelbagai calon pilihan raya presiden pada September 2005.

Dalam pilihan raya September 2005 undi kawalan masih dikenakan terhadap tiga akhbar kerajaan dan televisyen .Saluran satelit dipancarkan dari Mesir seperti Televisyen Satelit Orbit Dan Rangkaian Radiolebih terbuka seperti Al Qahira Al Yawm. Mesir ditangga ke-111 daripada 177 buah negara oleh agensi hak asasi manusia.

Pada 28 Julai 2005, Mubarak mengumumkan pencalonannya sebagai Presiden.Pilihan raya 7 September 2005 . Ada tuduhan berlakunya aktiviti membeli undi di kawasan miskin dan di luar bandar .Pengundi haram iaitu nama tidak berdaftar masih dibenarkan mengundi.Pada 8 September 2005, Dr Ayman Nour, seorang pembangkang dan calon Parti Al-Ghad , menuntut diadakan ulangan pilihan raya.Mahkamah Mesir memutuskan Ayman Nour bersalah.Rumah Putih di Amerika Syarikat bimbang dengan hak asasi manusia di Mesir dan bimbang dengan mogok lapar yang dilancarkan oleh Dr Ayman Nour.

[sunting] Rasuah

Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.


[sunting] Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptik

Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kaherah untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.

[sunting] 28 tahun Undang-Undang Darurat

Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.

[sunting] Pewarisan presiden

Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.

[sunting] Mubarak dan Palestin

Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.

Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.

Jawatan politik
Didahului oleh
Anwar El Sadat
Prime Minister of Egypt
1981 – 1982
Diikuti oleh:
Ahmad Fuad Mohieddin
Didahului oleh
Sufi Abu Talib acting
President of Egypt
1981 – present
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Moussa Traoré
Mali
OAU Chairman
1989 – 1990
Diikuti oleh:
Yoweri Museveni
Uganda
Didahului oleh
Abdou Diouf
Senegal
OAU Chairman
1993 – 1994
Diikuti oleh:
Zine El Abidine Ben Ali
Tunisia
Pegawai parti politik
Didahului oleh
Anwar El Sadat
Chairman of the National Democratic Party
1982 – present
Diikuti oleh:
Incumbent
Pegawai tentera
Didahului oleh
Ali Mustafa Baghdady
Commander of the Egyptian Air Force
1972 – 1975
Diikuti oleh:
Mahmoud Shaker