Baruna Jaya VIII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Baruna Jaya VIII (KAL-IV-06) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis kapal pemetaan/penyelidik yang bertugas bagi pemetaan wilayah-wilayah di Indonesia. Ia dibina pada tahun 1998.

Kapal Baruna Jaya VIII milik Indonesia merupakan kapal pemetaan/penyelidik. Baruna Jaya VIII memenuhi keperluan pemetaan Indonesia bagi tujuan ketenteraan dan pengawasan wilayah-wilayah Indonesia. Baruna Jaya VIII dibina oleh CMN, Cherbourg, Perancis.

Baruna Jaya VIII mempunyai 37 orang anak kapal tambahan 26 kakitangan pemetaan. Baruna Jaya VIII dilengkapi untuk misi pengawasan, pemetaan dan penyelidikan.

Kapal Baruna Jaya VIII sepanjang 60.03 m; 11.61 meter * 5.31 meter ( 197 kaki panjang * 38 kaki * 17.4 kaki) mempunyai kelajuan pada 14 batu nautikal. Baruna Jaya VIII mempunyai seseran 1,350 tan penuh.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah Baruna Jaya I, Baruna Jaya II, Baruna Jaya III, Baruna Jaya IV, dan Baruna Jaya VIII.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Baruna Jaya VIII mempunyai kemudahan pengawasan dan penyelidikan hidrografik dan oceanografik.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Kapal Baruna Jaya VIII mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 2,990 bhp secara berterusan dan mampu bergerak pada kelajuan 14 batu nautikal.

Pegawai pemerintah Baruna Jaya VIII[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]