Bendera Bahamas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Bendera Bahamas | |
|---|---|
| Kegunaan | Bendera kebangsaan |
| Nisbah | 1:2 |
| Diterima pakai | 10 Julai 1973 |
| Rekaan | 3 jalur melintang dengan warna biru jernih dan emas serta segi tiga berwarna hitam |
| Variasi bendera | |
| Kegunaan | Panji-panji awam |
| Nisbah | 1:2 |
| Variasi bendera | |
| Kegunaan | Panji-panji tentera laut |
| Nisbah | 1:2 |
Bendera Bahamas terdiri daripada bentuk segitiga berwarna hitam di bahagian paling kiri yang melambangkan kesatuan 300,000 orang penduduk kulit hitam di negara itu. Jalur warna biru di bahagian atas dan bawah melambangkan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Jalur emas di tengah melabangkan matahari dan tanah yang wujud di antara dua lautan tersebut. Bendera ini dijadikan rasmi pada 10 Julai 1973.
Bendera awam merupakan sebuah ensign merah yang disilang dengan bentuk salib warna putih dengan bentuk bendera kebangsaan di bahagian kepala. Bendera di laut memiliki rekabentuk yang sama tetapi dengan warna yang berlainan.