Bendera Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Kanada
Flag of Canada.svg
Nama Daun Maple, l'Unifolié
Kegunaan Bendera kebangsaan dan panji-panji awam dan negara Bendera kebangsaan, panji-panji negeri dan awam
Nisbah 1:2
Diterima pakai 15 Februari 1965
Rekaan Jenis menegak yang mempunyai warna merah, putih dan merah dengan nisbah 1:2:1, di bahagian tengah terdapat daun maple.
Direka oleh George F.G. Stanley

Bendera Kanada ataupun dikenali sebagai Daun Maple dan l'Unifolié (Perancis) merupakan bendera kebangsaan Kanada. Sebelum 1965, Kanada menggunakan bendera yang terdapatnya Union Jack seperti Bendera Australia dan New Zealand. Bendera Merah Kanada telah digunakan secara rasmi sejak 1890an dan telah diluluskan oleh Perlembagaan Kanada pada tahun 1945 dan untuk "di mana terdapat satu majlis rasmi, di situ megahnya bendera Kanada".

Pada tahun 1964, Perdana Menteri ketika itu Lester B. Pearson merancang untuk mengubah bendera Kanada sebagai bendera yang baru. Daripada tiga pilihan, reka bentuk daun maple dari George Stanley berdasarkan bendera Maktab Tentera Diraja Kanada. Bendera tersebut telah digunakan secara rasmi pada 15 Februari 1965 dan pada tarikh tersebut, seluruh rakyat Kanada meraikan Hari Kebangsaan Bendera Kanada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]