10 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Julai 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| MMXII | ||||||
10 Julai merupakan hari ke-191 (hari ke-195 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 174 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973).
- Hari Senyap.
[sunting] Peristiwa
- 48 SM - Julius Caesar hampir kalah teruk kepada Pompey dalam Pertempuran Dyrrhachium di Macedonia.
- 1584 - Putera Orange William si Senyap dibunuh (gambar) di rumahnya di Delft, Holland oleh Balthasar Gérard.
- 1796 - Ahli matematik Jerman Carl Friedrich Gauss menemui bahawa semua integer positif boleh diwakili oleh hasil tambah paling banyak tiga nombor segitiga.
- 1913 - Lembah Kematian (Death Valley), California mencapai 134 °F (~56.7 °C), suhu tertinggi pernah dicatatkan di Amerika Syarikat.
- 1925 - Guru Meher Baba memulakan pembisuan 44 tahunnya sehingga kematiannya pada 1969.
- 1962 - Satelit komunikasi siaran langsung aktif pertama di dunia Telstar dilancarkan oleh NASA.
- 1985 - Selepas keributan yang ditimbulkan oleh penukaran formula kola, Coca-Cola memperkenalkan semula formula lama sebagai Coca-Cola Classic.
- 1985 - Agensi perisikan Perancis mengebom dan menenggelamkan kapal Greenpeace Rainbow Warrior yang berlabuh di Auckland, New Zealand, untuk menghalangnya masuk campur dalam ujian nuklear di Moruroa.
- 1998 - Kawasan uskup Dallas bersetuju untuk membayar AS$ 23.4 juta kepada sembilan orang bekas pembantu paderi yang menuntut bahawa mereka telah dianiayai secara seks oleh bekas paderi Rudolph Kos.
[sunting] Kelahiran
[sunting] Kematian
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||